Home TEKNOLOGI Russia Telah Menyekat Penggunaan Aplikasi Wechat Di Negaranya

Russia Telah Menyekat Penggunaan Aplikasi Wechat Di Negaranya

571
0
SHARE

HONG KONG (Reuters) – Badan pemantau telekom Russia telah menyekat WeChat yang berasal dari negara China, aplikasi media sosial yang popular itu dibangunkan oleh Tencent Holdings, kata South China Morning Post pada sabtu yang lalu dalam memetik maklumat yang disiarkan di laman web Russian regulator’s.

Badan pemantau Roskomnadzor telah menerbitkan maklumat pada laman web pada hari Jumaat lalu, akhbar itu berkata, sambil menambah bahawa pihaknya telah menyedari akan pergerakan teknologi gergasi Cina Tencent di negara sejuk itu.

Tencent turut memberitahu Reuters bahawa pihaknya sedang memeriksa status app WeChat di Rusia dan sedang berunding dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

South China Morning Post berkata akses kepada aplikasi adalah terhad berdasarkan Perkara 15.4 undang-undang mengenai maklumat, teknologi maklumat dan keselamatan maklumat, menurut Roskomnadzor.

Sekatan yang ditetapkan kerana ia gagal menunaikan pelbagai tanggungjawab penyelenggara mengenai penyebaran maklumat di internet, kata akhbar itu.

Aplikasi media sosial seperti Facebook (NASDAQ: FB) dan Twitter disekat di China, manakala Presiden China Xi Jinping telah menjadi pembela bersuara lantang atau lebih dikenali sebagai pejuang kedaulatan siber.

Sejak ia dilancarkan pada tahun 2011, WeChat telah menjadi platform mudah alih media sosial paling popular di China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here