Home MAKANAN Resipi Nasi Lemak Daun Pisang Turun Temurun

Resipi Nasi Lemak Daun Pisang Turun Temurun

2363
0
SHARE

Sebut sahaja nasi lemak daun pisang, pasti ramai yang dah telan air liur. Belum lagi hidu aroma nasi lemak yang berbungkuskan daun pisang. Sungguh mengikat selera makan.

Untuk mendapatkan rasa nasi lemak asli, sebaiknya jika nasi lemak dibungkus dalam daun pisang yang telah disalai terlebih dahulu daunnya.

Pastinya, haruman wangi daripada daun pisang memenuhi segenap ruang rumah. Lebih-lebih lagi jika dibuat pada sarapan pagi, yang tengah lena tidur pun terus terjaga.

Berikut saya kongsikan, resipi nasi lemak daun pisang turun temurun yang tentunya amat menyelerakan.

RESIPI NASI LEMAK

Bahan-Bahan :

3 cawan beras (Basuh beras hingga bersih dan toskan)
4 cawan santan cair
1 inci halia (Ketuk kasar halia tersebut)
2 biji bawang merah kecil – (Dihiris Halus)
1 helai daun pandan (Disimpul Dua)
Garam secukup rasa
– satukan semua bahan ke dlm periuk nasi dan masak  seperti memasak nasi biasa.
* sukatan santan cair bergantung  pada sukatan beras yg digunakan.
RESIPI SAMBAL NASI LEMAK

Bahan-Bahan :

Ikan bilis
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 senduk cili kering (Dah siap direbus dan dibuang biji)
Minyak
Garam
Gula, perasa
– Panaskan minyak terlebih dahulu.
– Kisarkan bawang putih, bawang merah, dan cili kering hingga lumat.
– Apablia minyak telah panas, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar. Biarkan sehingga cili kering naik bau dan betul-betul garing.
– Kemudian masukkan ikan bilis dan akhir sekali masukkan juga garam, gula dan perasa
– Masak hingga naik minyak dan cukup rasa.
– Sedia dihidang bersama nasi lemak.

– Hiriskan timun dan juga telur rebus. Jika anda lebih gemar dengan telur goreng, boleh sahaja sediakan salah satu ataupun kedua-duanya sekali.

*Untuk mendapatkan sambal yang sedap, lebihkan gula pada sambal supaya sambal tersebut menjadi lebih enak dimakan bersama nasi lemak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here