Home FESYEN Mahukan Gaya Menawan Dengan Menggayakan Tudung Dan Cermin Mata? Ikuti Tips Ini

Mahukan Gaya Menawan Dengan Menggayakan Tudung Dan Cermin Mata? Ikuti Tips Ini

1169
0
SHARE

Siapa kata perempuan bercermin mata tidak boleh bergaya apabila bertudung? Bercermin mata bukan penghalang untuk anda kelihatan bergaya dan nampak anggun. Namun pemilihan hijab dan cermin mata, perlu saling bersesuaian. Tapi bagaimanakah untuk menjadikan anda kelihatan anggun meskipun bercermin mata.

Mahukan Gaya Menawan Dengan Menggayakan Tudung Dan Cermin Mata? Ikuti Tips Ini

 

Berikut merupakan antara tips yang boleh anda gunakan ketika mengayakan tudung dan cermin mata anda.

 

1. Saiz Hijab

Jika anda menggunakan cermin mata yang tidak berbingkai ataupunberbingkai separa, sebaiknya anda gandingkan bersama hijab yang bersaiz besar seperti khimar ataupun tudung labuh.

Cermin mata yang berbingkai penuh akan menyebabkan wajah anda kelihatan tersorok dan tidak bersesuaian untuk digayakan bersama hijab yang bersaiz besar.

2. Corak Hijab

Hijab yang sarat dengan corak sama sekali tidak sesuai dipadankan bersama cermin mata yang kelihatan mewah.

Sebaiknya jika anda memakai hijab bercorak, anda padankan bersama cermin mata berbingkai hitam. Ianya lebih kelihatan klasik dan ringkas.

Namun anda boleh menggayakan cermin mata mewah anda bersama skarf segi empat yang lebih membuatkan anda kelihatan ringkas dan tidak terlalu serabut.

3. Warna hijab

Elakkan memakai hijab yang sama warna dengan cermin mata anda.

Pemilihan warna yang kontra di antara hijab dan cermin mata akan menjadikan anda lebih menonjol dalam bergaya.

Contohnya jika anda memakai bingkai cermin mata yang berwarna pudar, pastikan hijab anda bewarna terang. warna yang menarik akan lebih menjadikan anda seorag yang menawan dan anggun.

4. Gaya Hijab

Fesyen hijab yang anda gayakan aruslah bersesuaian dengan cermin mata yang anda pakai.

Sekiranya anda menggayakan hijab yang berlilit, sebaiknya anda elakkan memakai cermin mata yang kelihatan mewah.

Jangan menjadikan alasan bercermin mata menghalang anda untuk kelihatan bergaya sedangkan penggayaan yang menarik terletak pada anda sendiri.

Keyakinan yang tinggi perlu anda tanamkan dalam diri anda supaya anda tidak tenggelam dengan rasa merendah diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here