Home KESIHATAN Kelebihan Meminum Air Kelapa Muda

Kelebihan Meminum Air Kelapa Muda

491
0
SHARE

Kelapa adalah kegemaran ramai, tidak semestinya daripada meminum airnya sahaja. Kegunaannya meliputi banyak aspek dalam kehidupan, daripada masakan sehinggalah kecantikan. Penggunaan santan yang menyedapkan lagi masakan seperti gulai, parut kelapa yang dicampurkan dengan kuih-muih, dan semestinya airnya yang sangat menyegarkan di hari yang panas terik!

Kita tidak mahu bercerita tentang bahagian-bahagian lain pada kelapa, cukup dengan kelebihan pada meminum airnya sahaja. Kerana, manfaat meminumnya sahaja sungguh banyak!

Beberapa keutamaan yang jelas dengan meminum air kelapa muda ialah kandungan karbohidratnya yang rendah (meskipun berperisa manis dan lazat), bebas lemak, dan mudah untuk didapati di negara kita. Secara ringkas, manfaat meminum air kelapa muda ialah:

  1. Menjaga suhu badan
  2. Menghidrasi tubuh badan
  3. Membekalkan nutrisi yang baik
  4. Meningkatkan metabolisme badan
  5. Menjadi sebahagian daripada diet seimbang
  6. Menguatkan sistem imun badan
  7. Melancarkan sistem kolon kita
  8. Menjaga kadar gula dalam darah
  9. Membantu untuk memecahkan batu karang

Menghidrasi Tubuh Badan

Air kelapa mempunyai zat-zat yang lengkap untuk mengembalikan cecair dalam badan kita yang hilang hasil daripada beraktiviti. Ia adalah sejenis minuman isotonik, seperti minuman-minuman yang diminum atlit selepas bersukan. Sebab itu, air kelapa sesuai diminum bagi mereka yang aktif dan ingin kembali atau trus kekal bertenaga!

Membantu Melawan Jangkitan

Salah satu kandungan air kelapa muda adalah monolaurin yang sudah dikenali dengan pemilikan ciri-ciri antiviral, antibakteria, dan antiprotozoa. Pelik betul terma-terma ini, tapi mudahnya ia bermaksud air kelapa muda adalah satu ejen yang bagus untuk memerangi jangkitan yang boleh merosakkan kesihatan kita.

Menstabilkan Kondisi Perut

Kalau anda jenis yang selalu mabuk dengan perjalanan jauh (ada yang tidak boleh travel lama-lama dalam kereta), cuba minum air kelapa muda. Pasti anda akan rasa selesa dan tenang kembali! Tidak perlu beralih kepada penggunaan ubat-ubat terus, cuba dahulu yang semula jadi. Sama juga dengan mereka yang demam-demam, ada sakit perut, sakit kepala, dan lain-lain, apa kata anda dapatkan air kelapa muda sebagai ikhtiar?

SHARE
Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here