Home BISNES Kedai Emas Murah Di Kuala Terengganu

Kedai Emas Murah Di Kuala Terengganu

2730
0
SHARE
Kedai Emas Lelong Maya

Semua orang tahu emas merupakan sesuatu yang sangat bernilai hari ini. Tetapi ia bukanlah satu produk dimana orang membelinya secara harian kerana nilaianya yang sangat mahal. Harini (waktu artikel ini ditulis) harga emas dijual kepada end user sekitar dalam Rm190++ /gram.

Tapi sebenarnya ada cara untuk anda mendapatkan emas murah. Salah satu cara anda kena pandai baca graph analisis mengenai kenaikan dan penurunan harga emas, beli emas terpakai kepada group-group emas (selalunya mereka akan menjual di bawah harga pasaran), atau beli emas ETA (Kalau nak jadi mangsa SCAM) Haha. Gurau…

Tapi ada caranya yang mudah untuk anda mendapatkan emas murah ni jika anda tahu kat mana kedai emas yang ada menjual emas dengan tidak mengambil kos upah.  Team Terbaek ada husya satu port kedai emas yang terbaik untuk anda mula mengumpul atau beli emas. Salah satunya adalah kedai emas murah di Kuala Terengganu.

Kedai Emas Lelong Maya

Baru-baru ini jika anda mengikuti perkembangan media sosial. Kedai emas ini viral di Facebook. Katanya mereka seperti menjual EMAS LELONG! Tapi jangan salah faham, mereka tidak menjual Emas Lelong dimana menjual emas yang tidak dituntut tetapi nama kedai mereka adalah Kedai Emas Lelong Maya.

Kami tanya kenapa emas lelong, jual emas lelong ka?

“Katanya, lelong sinonim dengan rakyat Malaysia dengan perkataan murah. Sebab itu kami namakan kedai kami, kedai emas lelong maya, sebab kami memang jual emas pada harga yang sangat murah.”

Team Terbaek cuba mendapatkan info yang lebih dalam mengenai kedai ini.

Apabila pergi dan tengok sendiri kedai Emas Lelong Maya ni, harga emas disini sememangnya murah berbanding harga luar di pasaran.

Kedai Emas Lelong Maya

Harga emas semasa hari ini RM190/gram. Tetapi emas lelong menjualnya dalam harga RM169.8/gram!

Semua barang-barang kemas yang ada di kedai emas lelong adalah EMAS BARU. Panas-panas keluar dari oven kilang.

Kedai Emas Lelong Maya

Yang paling best, koleksi design yang ada di kedai emas lelong adalah yang PALING LATEST dan jarang-jarang ada di kedai-kedai emas lain.

1.Perkara yang perlu anda tahu mengenai Kedai Emas Lelong (KEL)  ini:

Kedai Emas Lelong Maya

Kedai emas lelong maya ini ialah perniagaan kedai emas dari generasi keluarga yang telah lama di dalam perniagaan ini.

Selain itu, KEL juga menjalankan perniagaan diaorang secara ONLINE selepas melakukan beberapa penyelidikan mengenai corak pembeli terutamanya di Malaysia yang mula merubah kearah pembelian secara online.

Anda duduk di JOHOR ? Tiada masalah, anda boleh membeli emas dari mereka secara ONLINE.

Kedai Emas Lelong Maya

Selamat atau tidak? Sudah bertahun-tahun mereka membuat pengeposan barangan kemas. Jangan risau, setiap pengeposan barangan kemas akan disediakan INSURAN, InsyaAllah dijamin selamat.

Jika anda mempunyai pertanyaan, Hubungi mereka di no ini, admin Kedai Emas Lelong 012 910 9215 .

So, tiada alasan lagi nak dapatkan emas murah selepas ini walaupun anda duduk jauh daripada kedai emas di Kuala Terengganu ini.

Mereka tahu pembelian secara online dapat mengatasi masalah limitasi dari segi masa, jarak, mudah untuk memilih, tidak berebut dengan orang lain, dan kadang kala ia lebih murah daripada harga walk in.

KEL juga membuka kedai fizikal mereka yang pertama di Kuala Terengganu kerana sambutan yang amat menggalakkan pada tahun pertama melalui perniagaan online.

Kedai Emas Lelong Maya

Yang paling penting, KEL adalah diantara pengedar emas yang utama kerana dari segi pengalamannya, latar belakang keluarga, strategi pemasaran yang bagus dan sokongan kuat daripada pelanggan terhadap kedai fizikal dan online mereka.

Bagi kami di team Terbaek, ini antara kedai emas yang boleh dipercayai. Selepas ini jika anda tertanya-tanya dekat mana emas murah di Kuala Terengganu. Singgahlah Kedai Emas Lelong Maya di Kuala Terengganu.

2. Pelaburan masa hadapan dengan membeli di Kedai Emas Lelong Maya 

Disini saya ingin beritahu, jika anda mahu menjadi pelabur emas yang bijak. Di sini adalah tempat untuk anda bermula. Ada 5 tips untuk anda menjadi pelabur dalam emas. Ini bukan beli ETA atau scam yang lain. Ini anda beli emas fizikal dan anda pegangnya sendiri.

Kedai Emas Lelong Maya
Kedai Emas Lelong Maya

Ini 5 tips yang boleh anda ikuti :

+ Pilih emas daripada pengeluar yang sah & dipercayai.

Ya, jika anda ingin melabur dalam emas, pastikan emas itu dari pengeluar emas yang mana kesahihan dan keaslian produknya dijamin. Dan setakat ini kedai emas yang kami syorkan kepada anda ialah Kedai Emas Lelong Maya ini.

+ Beli emas semasa harga emas turun dan jual masa harga naik

Ini perkara biasa orang lain lakukan. Sekarang masalah yang dihadapi oleh pembeli. Macam mana nak cari emas yang murah? Di sini lah tempatnya. Mereka memang menjual emas dibawah harga emas semasa!

+ Simpan emas dengan selamat

Anda boleh simpannya di safe deposit box mana-mana syarikat yang menyediakannya atau lebih mudah jika anda rasa selamat di rumah. Simpan sahaja di rumah anda sendiri.

+ Beli emas lagi berat untuk harga yang lebih murah & spreadnya rendah

 Kedai Emas Lelong Maya

Salah satu rahsianya, semakin besar saiz emas, maka semakin murah harga emas per gram. Semakin besar saiz emas, maka semakin rendah susut nilai emas tersebut.

+ Rolling di Ar Rahnu

Jika anda mempunyai sejumlah emas yang besar. Contoh anda ada 100gram emas. Jangan jualnya terus. Pajak di Ar Rahnu, anda dapat sejumlah wang. Buat modal bisnes duit yang anda dapat.

Tapi pastikan sebelum anda pajak. Ilmu bisnes itu sudah tersemat di dalam dada dan bersedia. Jangan emas digadai, duit pun entah kemana.

Apabila anda sudah menjana keuntungan masa membuat bisnes, ambil balik emas yang telah digadai tu. Pastikan tidak terlepas tempoh gadaian!

Disini emas anda dapat, bisnes anda ada, duit untung bisnes pun anda. Nampak ?

Okay cukup untuk tips kali ini.

3. Ada spesifik tempat tak nak pergi Kedai Emas Lelong Maya ni ?

 

Kedai Emas Lelong Maya

Nah, ni maklumat untuk anda. Kalau korang berkenan untuk datang ke kedai mereka, boleh terus walk-in.

Bagi yang jauh,boleh terus berurusan melalui Whatsapp dengan staff mereka :

Facebook Page : Kedai Emas Lelong Maya

Alamat : No.105A, Jalan Hiliran, Chabang Tiga,Kuala Terengganu 21000
[LOKASI BERHADAPAN PEJABAT POS CHABANG TIGA]

Website Rasmi : www.kedaiemaslelong.com

Waktu Operasi Kedai : 10 pagi – 6 petang

Tak jumpa juga ? Hubungi admin Kedai Emas Lelong :
012 910 9215

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here