Home TEKNOLOGI Jom Manfaatkan Tablet Atau Handphone Lama Anda

Jom Manfaatkan Tablet Atau Handphone Lama Anda

265
0
SHARE

Setiap kali anda membeli tablet atau handphone yang baru, sudah tentu persoalan seperti ‘apakah yang anda perlu lakukan dengan yang lama?’ akan menghantui fikiran anda.

Sudah tiba masanya untuk anda mengeluarkan semua handpone atau tablet lama anda dari laci kerana anda masih mempunyai beberapa pilihan yang boleh dilakukan untuk memanfaatkan barangan lama anda ini.

Anda boleh memberi nafas dan tujuan yang baru kepada gajet anda ini. Disini terdapat 4 pilihan untuk anda pertimbangkan.

Meningkatkan Keselamatan Rumah

Gunakan kamera handphone anda sebagai kamera keselamatan yang boleh diakses dimana-mana sahaja. Terdapat banyak aplikasi yang boleh membantu anda untuk mengaktifkan kamera tersebut malah kini applikasi pengesanan gerakan juga turut boleh didapati di dalam applestore dan playstore.

Ia adalah cara yang baik untuk memerhatikan haiwan kesayangan anda atau harta benda rumah anda dari jauh.

Gunakan Ia Sebagai Paparan Tambahan

Jika gajet lama anda seperti android tablet dan iPad masih berfungsi dengan baik, maka anda boleh jadikan ia sebagai monitor kedua kepada laptop anda. Ia jauh lebih jimat walaupun anda terpaksa mengeluarkan sedikit kos untuk membeli aplikasi monitor kedua tersebut.

Membuat Bingkai Foto Digital Anda Sendiri

Anda boleh jadikan handphone atau tablet anda sebagai bingkai foto digital pada dinding-dinding di rumah anda. Ia akan menampakan sesuatu yang luar biasa dan jauh lebih menarik daripada bingkai foto yang biasa.

Sama ada menyimpan satu gambar yang dipamerkan sepanjang masa atau mengubahnya secara berselang-seli dengan menggunakan tayangan slide atau pun dengan aplikasi yang bersesuaian dengan gajet anda itu.

Hayat bateri tidak menjadi masalah kerana anda boleh tinggalkan ia dalam keadaan “Plugged-in”. Jika anda mahu ia kelihatan lebih kreatif dan menarik, anda juga boleh menggunakan bingkai gambar asli sebagai aksesori tambahan.

Jadikan Ia Sebagai JukeBox

Jika rumah anda begitu sunyi, anda boleh menggunakan handphone lama anda untuk memecah kesunyian di rumah dengan memainkan lagu-lagu kegemaran anda.

Kebanyakan smartphone dan android versi pertama sudah ketinggalan zaman untuk menggunakan applikasi-applikasi terbaru muzik yang kebanyakan dimainkan secara online.

Koleksi himpunan lagu yang telah dimuat turun kedalam gajet anda, sudah tentu boleh menjadi lebih menarik apabila dikuasakan dengan speaker tambahan disetiap penjuru bilik anda.

 

SHARE
Terbaek Network Adalah Sebuah platform. Mula aktif dalam dunia penulisan blog sejak Disember 2012. Gemar berkongsi informasi terkini dengan para pembaca sesuai dengan tagline blognya 'Ikhlaskan Memberi Walaupun Sebesar Zarah'.Hubungi dan kenali penulis lebih dekat di ruangan Kenali Penulis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here