Home KESIHATAN Jadi Lebih Bertenaga Dengan Tip Ini!

Jadi Lebih Bertenaga Dengan Tip Ini!

892
0
SHARE

Mana ada orang yang mahu penat sepanjang hari. Kalau kita penat, kerja pun banyak tergendala. Susah untuk mencari makan kalau kita tidak mampu berkerja. Oleh itu, anda perlu mencari jalan supaya badan anda sentiasa kuat dan kekal cergas sepanjang hari!
Gunakan tip-tip ini untuk membina kehidupan yang lebih sihat. Jangan tunggu sehingga terlambat baru hendak bertindak.

Bersenam Kunci Kepada Kesihatan

Ramai tahu yang bersenam mendatangkan banyak kebaikan untuk mereka. Cuma, ramai yang memberikan alasan bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk bersenam. Seolah-olah, mereka mengatakan mereka tiada masa untuk menjaga kesihatan mereka. Adakah ramai lebih gemar untuk sakit berbanding daripada mencegahnya?

Setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama setiap hari, iaitu 24 jam dalam satu hari. Mengatakan anda tiada masa untuk bersenam hanyalah alasan semata-mata, sedangkan anda perlu beberapa minit sahaja setiap hari untuk bersenam. Tidak perlu lama, 30 minit sudah memadai dengan teknik yang betul. Tetapi, apa yang berlaku ialah ramai lebih suka menghabiskan masa bersama telefon pintar, dan mengatakan mereka tiada masa untuk bersenam.

Mulakan dengan senaman, samada di awal pagi ataupun petang selepas habis berkerja. Berjogging tidak mencukupi. Sebaliknya, cuba bergiat dengan gym, ataupun buat senaman-senaman HIIT yang banyak menggunakan berat badan sahaja tanpa sebarang peralatan spesifik. Banyak senaman dan program HIIT boleh dibuat di rumah sahaja!

Ambil Karbohidrat Secukupnya

Jika anda sedang turunkan berat badan, anda perlu kurangkan karbohidrat. Ingat, anda perlu kurangkan, dan bukannya tinggalkan terus. Malah, jika anda kuat bersenam, anda masih perlukan karbohidrat untuk dijadikan bekalan tenaga dan sumber untuk membaikpulih otot-otot anda.

Apakah sumber karbohidrat yang bagus? Ia termasuk nasi, roti, buah-buahan, sayur-sayuran, produk bijirin, dan macam-macam lagi. Kalau anda nak tahu, karbohidrat adalah sumber tenaga utama yang digunakan dalam badan kita. Sebab itu, jangan tinggalkan sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam yang memerlukan sumber karbohidrat secukupnya untuk fungsi badan yang optimum.

Cuba begini, saya kongsikan satu resepi sarapan pagi yang berkhasiat dan mudah disediakan. Malah, ianya juga lazat! Pilih salah satu untuk sarapan pagi anda:

  • 1 cawan oat dengan 200ml susu full cream, dengan potongan sebiji pisang
  • 150g yogurt rendah-lemak, setengah cawan oat bersama buah pilihan anda
  • 2 keping roti dengan mentega kacang, sebiji epal, dan secawan nestum

Kafein Sebagai Inisiatif

Kafein boleh didapati dalam teh, kopi, dan pelbagai jenis minuman serta produk kesihatan. Ia turut digunakan dalam supplement-supplement untuk menurunkan berat badan. Masalahnya di sini, ramai terlebih kafein, menyebabkan mereka tidak lagi mendapat kesan 100% daripada bahan ini.
Jika anda kerap minum teh dan kopi pada waktu pagi, anda mungkin sudah hilang sensitiviti pada kafein. Sebab itu, tenaga anda tidak kekal begitu panjang. Mungkin anda perlukan bercawan-cawan kopi setiap hari untuk menjadi segar sepanjang hari!

Cuba kurangkan pengambilan kopi dan teh sedikit demi sedikit. Anda akan rasa kurang bertenaga mula-mula. Ini dipanggil “withdrawal syndrome”, jadi anda kena bertabah sedikit. Amalkan senaman dan juga pemakanan yang betul dahulu seperti tip-tip di atas. Selepas beberapa minggu dengan pengurangan kafein, mulakan semula pengambilan kopi dan teh, secawan dahulu!

Anda akan rasa lebih bertenaga daripada dulu. Ini kerana, anda sudah tingkatkan semula sensitiviti badan anda terhadap kafein.

Dapatkan Vitamin Dan Mineral Yang Cukup

Vitamin dan mineral adalah dua komponen pemakanan yang kerap dilupakan. Ini berlaku kerana kekurangan pengambilan sayur, banyak memakan makanan berlemak dan manis, serta cara makanan kita diproses sekarang.

Jika anda tidak mendapat sejumlah vitamin dan mineral yang mencukupi, anda lebih mudah untuk jadi penat dan terkena penyakit. Fungsi badan anda akan menurun dari segi prestasi. Tahap imun badan anda juga akan merosot. Oleh itu, anda kena dapatkan komponen ini dengan cukup!

Macam mana kalau anda memang tidak suka sayur-sayuran? Anda boleh dapatkan vitamin dan mineral melalui pengambilan supplement multivitamin. Banyak dijual di farmasi-farmasi dan juga kedai-kedai kesihatan. Supplement multivitamin menawarkan anda bekalan vitamin dan mineral yang banyak. Jadi, anda masih boleh dapatkan bekalan yang cukup meskipun anda bukan penggemar sayur.

SHARE
Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here