Home SEMASA Fidget Spinner,  Alat Permainan Atau Sebuah Senjata?

Fidget Spinner,  Alat Permainan Atau Sebuah Senjata?

597
0
SHARE

Siapakah yang tidak tahu lagi apa itu Fidget Spinner? Fidget Spinner ini dikatakan satu alat permainan yang boleh melegakan stress. Pada permulaanya ia dipasarkan untuk kebaikan dari segi kesihatan tetapi hari ini kita dapat lihat alat permainan ini sudah menjadi sebuah tred kepada budak-budak sekolah malahan remaja.

Ada beberapa sekolah sudah mengharamkan penggunaan fidget spinner ini kerana takut ia disalahgunakan untuk dijadikan sebagai satu alat senjata. Apabila isu ini kian panas, Kementerian Pendidikan memberikan respon mereka dengan membuat tindakan lanjut.

Pihak Kementerian Pendidikan memberitahu mereka sedang menunggu laporan daripada pihak berkepentingan terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang tindakan berhubung penggunaan “fidget spinner” ini.

“Benda ini masih lagi baru dan ada banyak pendapat mengenai penggunaannya. Kita perlu menunggu laporan dari pihak berkuasa terlebih dahulu, barulah kita bincang dalam jawatankuasa di peringkat kementerian,” kata Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

Sebenarnya kerisauan kepada pengunaan fidget spinner di sekolah adalah takut-takut ia boleh dijadikan sebagai satu alatan senjata yang berbahaya dan ini boleh mendatangkan kecederaan dan perkara yang lebih buruk lagi.

Budak-budak sekarang ada sahaja ragamnya, semua perkara yang ada diubah suai untuk menjadikannya lebih menarik dan seronok untuk dimain. Kementerian Pendidikan menegaskan agar ibu bapa, guru dan pihak bertanggungjawab untuk memantau anak-anak mereka kerana fenomena ini perlu diawasi supaya tidak menjejaskan sesi pembelajaran.

Mesti ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya Fidget Spinner ini sampai jadi trend di Malaysia. Lihat statistik diatas, kata kunci untuk fidget spinner mencecah 2.24 juta carian dan paling banyak bermula dari April yang lepas.

1. Apakah Fidget Spinner ni ?

Ia satu alatan kecil, yang boleh berputar di antara tangan si pemegang. Momentum daripada putaran itu akan memberikan rasa deria yang menyenangkan, ini ulasan menurut kepada pengalaman mereka yang menggunakannya.

Fidget spinner ini telah menjadi satu trend di seluruh dunia dimana ada yang memutarkannya dengan cara melambung, membaling dan sebagainya untuk menjadikan ia lebih menarik untuk dimainkan. Dan sekarang tutorial permainannya sudah bertaburan di seluruh youtube channel dengan meluas.

2. Adakah alat permainan ini memberikan kebaikan?

Ya, seperti yang dinyatakan di awal tadi, fidget spinner ini sebenarnya diwujudkan atas kebaikan kepada penyelesaian kesihatan. Ia fokus kepada kanak-kanak yang Autism.

Pihak therapist selalunya menggunakan alat permainan yang dapat memberikan deria rasa seperti tanah liat, bola Koosh dan sebagainya untuk menenangkan anak-anak yang mempunyai masalah pemprosesan deria.

Menurut kajian daripada Journal of Abnormal Child Psychology, pergerakan mampu membantu kanak-kanak yang mempunyai Hyperactivity Disorder(ADHD) untuk fokus selain daripada membuat senaman.

Mungkin salah satu alat permainan yang boleh digunakan adalah melalui Fidget Spinner.

Tetapi Fidget Spinner ini belum mempunyai kajian yang spesifik lagi bahawa ia sebenarnya dapat membantu secara total kepada kanak-kanak yang ada ADHD kerana alat permainan ini masih baru lagi kewujudannya.

3. Adakah ia mampu menjadikan sebagai satu senjata ?

Jika nak lihat, semua perkara MAMPU untuk dijadikan sebagai senjata. Ia berbalik kepada bagaimana cara penggunaannya. Untuk pendapat yang lebih ringan untuk benda-benda baru macam ni, ibu bapa, guru dan pihak yang bertanggungjawab kenalah membuat pemantaun kepada anak-anak mereka jika mereka menggunakannya.

SHARE
Suka berkongsi mengenai apa sahaja yang dapat memberikan manfaat, inspirasi, dan idea kepada orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here