Home KESIHATAN Chia Seed Dan Pengurusan Badan

Chia Seed Dan Pengurusan Badan

306
0
SHARE

Chia seed selalu dikaitkan dengan diet dan salah satu inisiatif untuk menguruskan badan. Jangan keliru dengan biji selasih, kerana mereka mempunyai bentuk yang seakan-akan sama. Kegunaan mereka berbeza dalam proses menjaga berat badan.

Chia seed adalah sejenis biji-bijian yang kaya dengan omega-3, dan ia sangat berguna dalam melawan radikal bebas kerana sifat anti-oksida yang tinggi! Ia juga mengurangkan alergi, kaya dengan protein, mineral, dan sangat bermanfaat bagi mereka yang cuba hendak menurukan berat badan. Kalau anda belum amalkan chia seed dalam rutin pemakanan harian, anda boleh mulakan sekarang!

Chia Seed Melawan Diabetes

Mereka yang mengamalkan chia seed mampu merendahkan kadar gula dalam darah mereka, kerana chia seed boleh melambatkan penukaran karbohidrat menjadi glukosa apabila dihadam. Glukosa adalah gula, dan peningkatan glukosa yang mendadak dan konsisten dalam darah adalah punca kepada penyakit kencing manis.

Chia seed juga meningkatkan sensitiviti sel terhadap insulin. Dengan sensitiviti insulin yang tinggi, badan anda dapat menggunakan glukosa dengan baik dan turut meningkatkan penyerapan nutrien-nutrien penting untuk sel-sel badan, terutama sekali otot-otot anda.

Chia Seed Memperbaiki Kualiti Tidur

Dalam biji chia seed, ia mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai tryptophan yang akan bantu tingkatkan mood anda menjadi lebih ceria dan juga menjaga kualiti tidur anda, memberikan anda waktu lena yang lebih nyenyak dan selesa.

Bukan itu sahaja, chia seed turut memberikan anda perasaan yang lebih kenyang apabila makan. Jadi, kalau anda bermasalah sering berasa lapar meskipun baru sahaja lepas makan, cuba amalkan chia seed sebagai minuman sampingan pemakanan anda!

Chia Seed Menjaga Kadar Kolestrol

Kandungan omega-3 dalam chia seed sebenarnya lebih tinggi berbanding ikan salmon yang terkenal dengan omega-3 (jika dikira mengikut ounce). Omega-3 sangat penting dalam menjaga kadar kolestrol dalam badan kita. Ada dua jenis kolestrol, iaitu HDL dan LDL. Sasaran anda adalah untuk meninggikan kolestrol baik (HDL) dan merendahkan kolestrol tidak baik (LDL).

Omega-3 mampu membantu anda untuk mencapai sasaran ini. Malah, omega-3 juga boleh menjaga sendi-sendi anda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang penting untuk anti-keradangan sendi.

Chia Seed Mencegah Sembelit

Dengan mengambil 28g chia seed sehari, anda sudah mendapat 1/3 daripada keperluan serat harian anda. Kata lain, dalam 28g chia seed tersebut, anda telah mendapatkan sekurang-kurangnya 11g serat pemakanan.

Serat amat penting dalam sistem penghadaman kita. Tanpa serat yang cukup, kita mudah diserang dengan sembelit, satu kondisi yang tidak menyenangkan sesiapa pun! Menambahkan chia seed dalam menu harian dapat membantu anda untuk membekalkan serat yang cukup, selain menyingkirkan toksin dalam badan.

Chia Seed Bersifat Anti-Kanser

Apabila menyebut tentang anti-kanser, ramai akan merujuk kepada sifat anti-oksida. Chia seed mampu membantu melindungi tubuh anda daripada pembangunan sel-sel karsinogenik (kanser) dan juga melambatkan penuaan. Dengan kata pendek, chia seed ibarat satu makanan awet muda.

Dengan pemakanan harian yang betul dan program senaman yang baik, pengambilan chia seed boleh membantu anda untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih tinggi. Gunakan kelebihan-kelebihan chia seed untuk kepentingan diri anda, rakan, keluarga, dan orang-orang di sekeliling anda. Kongsikan kelebihan chia seed sekarang!

SHARE

Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here