Home KESIHATAN Bagaimana Stress Mengganggu Metabolisme

Bagaimana Stress Mengganggu Metabolisme

257
0
SHARE

Apabila anda stress, gelenjar adrenal anda merembes satu hormon dikenali sebagai hormon kortisol. Hormon ini akan menyebabkan badan anda cenderung untuk menyimpan lemak dan membakar jisim otot apabila anda tidak mendapat bekalan tenaga yang mencukupi.

Menurut Timothy Crowe, seorang professor dalam bidang nutrisi dan sains sukan di Deakin University, peningkatan hormon kortisol yang menyebabkan penyimpanan lemak boleh menyebabkan penyakit kencing manis kerana kesannya juga terhadap sensitiviti insulin. Katanya, apabila seseorang mengalami stress yang berlebihan, mereka cenderung untuk memakan makanan manis dan berlemak, dan ini memenatkan organ hati mereka untuk merembes insulin.

Apa yang berlaku, apabila hati mereka letih dan terpaksa berkerja keras untuk merembes insulin, organ tersebut boleh rosak. Kerosakan ini boleh mendorong kepada obesiti melalui penyimpanan lemak kerana kurangnya sensitiviti insulin pada permukaan sel-sel otot. Gula daripada karbohidrat juga tidak dapat diserap dengan baik, menyebabkan ia berlegar dalam darah dan menjadikan bacaan gula dalam darah melebihi paras normal!

Dengan rembesan hormon kortisol yang turut merupakan satu hormon katabolik, pengurangan jisim otot akan mengurangkan kadar metabolisma badan kita secara langsung. Bagaimana? Otot kita memerlukan tenaga untuk berkerja. Apabila kita semakin kurang otot kerana penguraiannya akibat hormon kortisol yang tinggi, maka berkurang jugalah penggunaan tenaga dalam badan kita. Sebab itu, mereka yang tidak pernah bersenam tidak mudah untuk menjadi kurus, berbanding “abang sado” yang mempunyai tubuh sasa.

Mereka mudah untuk kurus dan juga mudah untuk gemuk. Otot mereka yang besar, kuat, dan banyak meningkatkan kadar metabolisma mereka. Pendek kata, mereka membakar lebih banyak tenaga (kalori) daripada orang biasa meskipun “abang sado” hanya sedang menonton TV!

Apabila badan kita tidak menggunakan karbohidrat ataupun gula dengan baik, ia akan tersimpan sebagai lemak dalam badan kita. Semua ini terjadi melalui rembesan hormon kortisol yang tinggi kerana anda berada dalam keadaan yang sangat stress, mungkin samada dariapda kerja, keluarga, kewangan, pembelajaran, rumah tangga, dan lain-lain.

Solusi

Apakah yang anda boleh buat untuk mengurangkan kesan ini pada kesihatan anda? Sudah semestinya, jawapan paling utama adalah untuk mengurangkan tekanan dalam hidup. Mungkin mudah kata daripada melakukan, tetapi demi kesihatan anda, ia sudah menjadi keperluan untuk mencari jalan bagi merendahkan kadar stress harian.

Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan dan memakan makanan yang betul. Apabila anda memakan makanan sihat, anda akan berasa lebih bertenaga. Jadi, sewaktu berkerja, tahap keletihan akan berkurangan dan emosi anda juga tidak terganggu.

Kedua, anda boleh cuba untuk bersenam. Petang-petang, keluarlah pergi berjogging di taman atau hujung minggu, bawa keluarga bersama-sama ke taman rekreasi. Tinggalkan kerja dan utamakan orang sekeliling. Lebih baik lagi jika anda dapat luangkan masa untuk berlatih di gym yang mempunyai jauh lebih banyak manfaat berbanding senaman lain.

Ketiga, luangkan juga masa untuk mendapatkan urutan-urutan seperti urutan refleksologi ataupun urutan sukan untuk mengurangkan ketegangan otot pada badan anda, terutama sekali ketegangan otot bahu yang sangat berkait rapat dengan stress. Tahu cara lebih baik? Jika anda sudah berkahwin, minta pasangan anda urut anda. Pastikan juga urutan tersebut ikhlas dan penuh dengan kasih sayang!

SHARE
Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here