Home MAKANAN Anak-Anak Sukar Bangun Sahur ? Sajikan Mereka Menu Ini

Anak-Anak Sukar Bangun Sahur ? Sajikan Mereka Menu Ini

348
0
SHARE

Menghitung hari untuk kembalinya ramadhan, pastinya kaum wanita adalah golongan yang paling sibuk menyediakan sajian bersahur dan berbuka puasa kepada anak-anak juga suami.

Kebiasaanya, para wanita yang bergelar ibu pastinya berhadapan kesukaran dalam menyediakan menu bersahur. Walaupun ramai yang memandang ringan kepada kepentingan bersahur, tetapi dengan bersahur ianya mampu membekalkan tenaga kepada badan yang berpuasa daripada makan dan minum.

Terutama kepada anak-anak yang aktif bersekolah dan bermain, pastinya mereka akan cepat keletihan dan menyebabkan badan mereka mudah lemah. Lantaran itu, menu bersahur yang baik memainkan peranan yang penting kepada tubuh badan mereka dalam menjalani rutin harian sepanjang berpuasa.

Lebih merumitkan, apabila anak-anak tidak berselera untuk bersahur apabila menu hidangan adalah nasi. Bemulalah drama anak-anak untuk mengelak daripada bersahur.

Berikut merupakan antara menu yang sangat mudah serta dapat memikat selera anak-anak untuk bersahur. Yang pastinya, menu ini mudah disedikan pada waktu sahur.

1.Roti tinggi serat (whole grain) + mentega kacang + hirisan pisang

Imej yang berkaitan

Mentega kacang diperkaya dengan serat yang tinggi, di samping mempunyai kandungan  protein dan sumber vitamin E, B6, zat besi, folat dan kalsium. Manakala pisang pula merupakan sumber tenaga kepada tubuh badan dala tempoh masa yang lama berbanding pengambilan gula.

2.Roti bakar gandum (whole wheat)  + tomato + telur goreng ‘mata’

Hasil carian imej untuk Roti bakar gandum (whole wheat)  + tomato + telur goreng 'mata'

Meskipun penyediaan sandwic ini sangat ringkas, namun ianya dipenuhi dengan khasiat. Telur merupakan antara makanan yang mengandungi  kandungan protein yang tinggi. Pakar pemakanan juga turut mencadangkan agar telur diambil sebagai sajian makanan pada setiap pagi.

3.Telur hancur + bayam + keju dibalut dalam tortilla gandum

Hasil carian imej untuk Telur hancur + bayam + keju dibalut dalam tortilla gandum

 Kandungan zat besi yang tinggi  pada bayam dapat membekalkan tenaga kepada tubuh. Hidangan ini boleh disediakan dengan cara menggabungkan bayam bersama telur hancur, keju serta cendawan atau tomato. Kemudian balutkan bersama roti tortilla. Sangat mengenyangkan.

4.Roti bakar gandum + kale (kubis daun) + telur dadar + keju

Hasil carian imej untuk Roti bakar gandum + kale (kubis daun) + telur dadar + keju

Untuk pengetahuan anda, kale adalah sejenis sayuran yang sangat diperkaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin A, B, K, kalsium dan magnesium. Anda perlu lebih kreatif dalam penyediaan makanan untuk digandingkan bersama kale. Kebiasaanya anak-anak sangat gemar kepada keju. Anda boleh sahaja menggabungkanroti bakar gandum bersama kale, telur dadar dan lapisan keju. Pasti anak-anak anda suka untuk bersahur.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here