Home KESIHATAN 7 Pemakanan Terbaik Untuk Mata

7 Pemakanan Terbaik Untuk Mata

298
0
SHARE

Mata merupakan deria penglihatan yang sangat penting untuk dijaga dengan rapi dan baik. Jika anda tidak menjaga mata anda dengan baik, bagaimana untuk anda mendapatkan penglihatan yang cerah?

Tanpa anda sedar, terdapat banyak makanan-makanan yang anda ambil pada setiap hari, secara tidak langsung telah menganggu kesihatan mata anda. Namun, jika anda seorang yang prihatin terhadap deria penglihatan anda, pasti anda akan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Salah satu cara menjaga mata adalah dengan melalui penjagaan dan pengambilan makanan yang tentunya berkhasiat untuk penglihatan.

Berikut merupakan pemakanan yang baik untuk kesihatan  mata anda sekaligus melindungi mata daripada sebarang masalah seperti katarak dan juga rabun.

1. Ikan Salmon

Ikan salmon diperkaya dengan asid lemak omega yang dipercayai mampu melindungi badan termasuk mata daripada sebarang penyakit. Ia juga turut mengandungi asid folik, vitamin A, vitamin B12 dan B6 serta vitamin D.

2. Brokoli

Memiliki kalsium, vitamin C, sulforaphane, zeaxanthin serta lutein yang tinggi. Brokoli hijau ternyata mampu mencegah mata daripda masalah penglihatan mata yang kurang jelas.

3.Bayam

Diperkaya vitamin A yang amat bagus untuk kesihatan mata dan mendapatkan penglihatan yang terang.

4.Tomato

Mengandungi vitamin C dan lycopene tinggi. Anda boleh sahaja mengambil tomato sebagai makanan harian dan dimakan begitu sahaja.

5.Lobak

Diperkaya dengan vitamin A dan beta carotene. Sangat sedap jika anda boleh mengamalkan pengambilan lobak melalui jus. Hanya kisar sebatang lobak dengan air suam dan campurkan bersama susu. Siap untuk diminum.

6.Biji Bunga Matahari

Mengandungu kandungan  selenium yang sangat tinggi  dan mampu mencegah kataraks dan gangguan lain pada mata.
7.Ubi Keledek

Mengandungi sumber vitamin C dan juga beta karoten. Kedua kandungan zat dari ubi keledek ini mampu untuk mememlihara kesihatan organ penglihatan anda.

Kesemua makanan di atas adalah sangat mudah didapati. Sangat rugi sekiranya anda membiarkan kesihatan mata anda dengan mengabaikan makanan-makanan tersebut.

Kesihatan mata and adalah keutamaan anda. Jagalah ia sebaik mungkin. Tanpa mata anda tidak mungkin dapat melihat keindahan alam dan insan-insan tersayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here