Home BISNES 5 Tips Untuk Mendominasi Pasaran Atas Talian

5 Tips Untuk Mendominasi Pasaran Atas Talian

587
0
SHARE
5-tips-untuk-mendominasi-pasaran-atas-talian

Dunia hari ini kita dapat lihat bagaimana online shopping sudah menjadi trend kepada kehidupan seharian kita. Tidak perlu lagi beresak-esak berebut item yang diinginkan. Semuanya semudah layari website pembelian dan belinya secara atas talian.

Satu kerugian yang besar jika masih ada lagi peniaga yang tidak mula untuk belajar dan menyelami dunia pemasaran secara atas talian untuk perniagaan mereka. Kerana sekarang anda tidak perlu lagi pergi sampai ke Brunei jika anda mahu memasuki target market disana. Semudah duduk di rumah dan berurusan secara Online.

Sama ada anda mahu menjual satu atau beribu item di pasaran atas talian. Ini antara 5 cara anda boleh lakukan untuk meningkatkan jualan anda :

1. Kenali “Target Market” Anda

Kenali segmen market anda adalah satu perkara yang lebih penting. Jika anda kenal betul-betul avatar yang anda target. Ia akan memudahkan lagi untuk anda membuat close sales. Sebab itu proses pertama untuk memasuki dunia online. Kenali Target Market atau Avatar pelanggan anda.

Jika anda membuatnya secara rambang. Yang akan datang kepada orang pelbagai orang yang kadang kala hanya ingin membuang masa anda tanpa ada niat untuk membeli.

2. Pastikan Ianya Mudah

Apabila anda menjual secara online, pastikan anda dapat membina sesuatu yang amat mudah untuk pelanggan gunakan. “User Experience” sangatlah penting dalam memastikan mereka selesa untuk membeli dan tidak mempunyai perkara yang terlalu rumit apabila proses membeli.

3. Berikan Mereka Peluang Untuk Review

Pastikan kemudahan untuk melihat review pelanggan yang pernah membuat pembelian secara online dapat ditunjukkan dengan mudah kepada pelanggan baru.

Pembeli baru yang ingin membuat tempahan selalunya amat bergantung kepada review pelanggan yang lepas mengenai produk dan servisnya. Jika mereka dapat akses kepada review ini dengan mudah dan melihat positive feedback dari pelanggan lama.

Ini menambahkan kepercayaan kepada pelanggan yang baru untuk membuat pembelian dengan produk anda.

4. Kerjasama Bersama “Social Influencer”

Social influencer ini sangat memainkan peranan di dalam satu-satu perniagaan online. Apabila anda sudah mengenal pasti target market pelanggan anda. Cari pula influencer yang berkait rapat dengan pelanggan anda.

Contohnya, jika anda menjual produk kecantikkan. Influencer yang anda boleh gunakan mungkin artis-artis yang cantik atau public figure yang lain.

Jika anda niche pakaian.Mungkin anda boleh kerjasama dengan wakdoyok atau awal ashari. Itu antara contoh kerjasama yang boleh anda lakukan.

Macam mana cara untuk mendekati mereka? Berikan sample produk anda secara percuma untuk mereka buat sedikit review ataupun sekarang ini banyak yang buat berbayar. Spent untuk social influencer untuk tambahkan trust kepada kewujudan produk anda.

5. Membuat Hubungan Dengan Pelanggan

Jika anda sudah mempuyai list pelanggan yang sudah membeli. Simpan database mereka! Cuba membuat hubungan seperti menghantar message atau emel untuk bertanyakan khabar, tanyakan bagaimana produk anda dapat membantu mereka, berikan diskaun, dan pelbagai lagi.

Pelanggan sedia ada adalah amat penting untuk dijaga. Kerana mereka sudah mempercayai anda, sudah mengetahui keberkesanan produk anda dan sudah membuat hubungan dengan diri anda.

Pelanggan sedia ada amat mudah untuk dijadikan “repeat buyer” jika anda pandai menjaga mereka dengan baik. Cuba untuk bina komuniti untuk segmen pelanggan anda.

Jika anda niche produk kecantikan, cipta satu group whatsapp,fb,telegram dan sebagainya dimana di dalam group berkenaan anda akan kongsi pelbagai tips, promosi dan sebagainya. Ini akan membuatkan anda akan sentiasa membuat hubungan dengan mereka.

Ini antara 5 tips untuk anda gunakan apabila menjual secara atas talian.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here