Home TRAVEL 5 Tips Penting Pertukaran Mata Wang Sebelum Melancong

5 Tips Penting Pertukaran Mata Wang Sebelum Melancong

265
0
SHARE
5 Tips Penting Pertukaran Mata Wang Sebelum Melancong

Bagi anda yang merupakan seorang kaki melancong, penukaran mata wang bukanlah satu perkara yang pertama bagi anda. Malah ada sesetengahnya yang menjadi ‘mobile currency conventer’ untuk kawan-kawan yang ingin turut melancong sama.

5 Tips Penting Pertukaran Mata Wang Sebelum Melancong

Mungkin anda akan menghadapi sedikit kesukaran untuk membuat pertukaran mata wang pada permulaan apabila setiap negara yang bakal anda kunjungi mempunyai nilai mata wang yang berbeza. Namun, ia bukanlah satu penghalang utama bagi anda yang suka melancong sekaligus menjelajah ke setiap pelusuk dunia.

Berikut merupakan 5 tips yang dapat saya kongsikan kepada anda dalam membuat pertukaran mata wang supaya anda tidak mengalami kerugian membuang masa.

1.TUKAR DI PENGURUP WANG ATAU MONEY CHANGER

Anda boleh membuat pertukaran wang dengan cara lebih mudah dengan melewati mana-mana Money Changer ataupun Pengurup Wang di mana-mana kiosk mahupun kedai yang berdekatan anda. Kebanyakannya juga mudah didapati di pusat membeli belah.

Pastikan anda membuat pertukaran mata wang asing lebih awal kerana nilai mata wang akan menjadi lebih tinggi dan mahal sekiranya anda menukarnya setelah ketibaan anda di Airport. Anda juga tidak disarankan untuk membuat pertukaran mata wang dia bank kerana duit yang diperolehi akan kurang sedikit.

2.PERIKSA KADAR TUKARAN MATA WANG ASING DI ONLINE.

Untuk pengetahuna anda yang sukakan melancong, Bank Negara mempunyai satu laman khas yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk kadar mata wang asing.

Jika anda perhatikan, anda boleh lihat di skrin yang terpapar di bank, kadar mata wang yang dinyatakan. Gunakan kadar tersebut dan lakukan perbandingan yang diberikan dari pengurung wang atau money changer.

3.CUBA BERTANYA PADA RAKAN-RAKAN YANG SELALU TRAVEL MONEY CHANGER YANG RATENYA BAGUS.

Kebiasaanya, untuk anda yang kerap melancong anda akan perasan bahawa setiap money changer atau pengurup wang akan memberikan kadar yang berbeza-beza walaupun beza kadar yang tidak terlalu jauh beza. Namun, anda masih boleh mendapatkan harga terbaik daripada money changer atau pengurup wang.
4.SEELOKNYA ANDA MINTA DUIT KECIL DAN TIDAK LUSUH.

Hal ini supaya anda tidak serabut untuk membuat pengiraan yang ada kalanya berisiko untuk anda ditipu pada sesetengah negara.

Wang juga sepatutnya tidak lusuh kerana di sesebuah negara tidak menerima duit lusuh yang berisiko duit palsu.

5.SEBELUM SAMPAI KE DESTINASI NEGARA YANG DI TUJU SEELOKNYA KITA CEKAPKAN SIKIT MATEMATIK KITA.

Contohnya di sini, jika anda ingin melancong ke sesebuah negara yang mempunyai mata wang yang berangka terlalu banyak kosong seprrti indonesia, anda perlu lebih cekap membuat kiraan matematik bagi mengelakkan anda mengalami masalah yang memeningkan.

Jadinya, jika mata wang tersebut berbunyi beratus ribu rupiah , anda tidak kelam kabut dan serabut untuk menukar kepada duit ringgit malaysia. Hal ini bagi mengelakkan anda menghadapi masalah ditipu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda dalam membuat pertukaran mata wang asing. Selamat melancong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here