Home BISNES 5 Kemahiran Yang Anda Perlukan Untuk Membawa Syarikat “Masa Hadapan”

5 Kemahiran Yang Anda Perlukan Untuk Membawa Syarikat “Masa Hadapan”

566
0
SHARE
5-kemahiran-yang-anda-perlukan-untuk-membawa-syarikat-masa-hadapan
5-kemahiran-yang-anda-perlukan-untuk-membawa-syarikat-masa-hadapan

Hari ini kita hidup dimana peredaran ekonomi bertukar dan bergerak dengan sangat pesat apabila ada sesebuah produk atau servis yang baru sahaja bermula mampu bertahan dalam satu malam sahaja.

Seseorang ketua memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan perkembangan syarikat. Jika kita lihat, sekarang ini kebanyakkan organisasi di luar suka mencari ketua berdasarkan pengalaman pengurusan yang mereka ada.

Tapi tahukah anda, sekarang ini apa yang lebih penting kriteria seseorang ketua adalah seseorang yang mampu untuk mengawal keadaan bisnes yang berubah dengan kadar yang sangat cepat.

Ini adalah 5 ciri kemahiran yang anda perlukan untuk pastikan syarikat dapat bergerak mengikut rentak ekonomi semasa :

1. Kemahiran berfikir penyelesaian baru

Ketika mana style ketua “lama” hanya menjalankan strategi tugas yang telah ditetapkan, menambah kecekapan dan meningkatkan proses yang telah sedia ada, salah satu aset yang bernilai yang perlu ada pada future leader adalah kesanggupan dan keupayaan untuk melakukan sesuatu yang baru.

Kita tahu peredaran dunia bergerak sangat pantas dan apabila dilihat indust yang bertukar dengar kadar yang cepat adalah disebabkan mereka nampak dan lihat peluang baru yang mampu dicapai dimana ia juga satu bentuk evolusi yang baik di dalam industri mereka.

2. Sentiasa tenang dalam keadaan huru-hara

Landskap bisnes memang sesuatu yang huru hara, dan seorang ketua yang sukses adalah mereka yang dapat bekerja di dalam suasana yang mereka sendiri tidak pernah mengetahuinya.

Pemimpin yang mampu menunjukkan satu tahap ketenangan dan keselesaan di dalam keadaan huru hara dalam mencipta sesuatu proses jangka masa panjang adalah seseorang yang sentiasa bersedia dengan cabaran yang menunggu mereka pada masa hadapan.

3. Kefahaman dalam dunia teknologi

Pemimpin bersifat masa hadapan tidak semestinya seseorang yang mesti mengetahui bahasa computer, pakar memberitahu sekurang-kurangnya mereka mampu untuk menunjukkan kefahaman dalam keupayaan,aplikasi serta potensi teknologi yang mampu muncul pada masa hadapan.

Pekerja di dalam bahagian IT adalah pusat kepada pasukan inovasi kerana kebanyakkan syarikat faham bahawa jika mereka tidak mengikut perkembangan teknologi yang semakin bercambah harini mampu membuatkan bisnes mereka terganggu dan ataupun tewas dengan pesaing yang lain.

4. Ketinggian EQ (Kecerdasan Minda)

Tahukah anda kenapa wujudnya sistem heirarki ini? Ia merupakan sistem pertimbangan dan kawalan. Semakin teknologi menjadi sebagai perkara yang wajib ada dalam dunia bisnes, sistem heirarki ini semakin lama semakin kurang penggunaanya.

Untuk memastikan kesemua kerja dapat bergerak secara organik, ia mestilah dipacu oleh seorang pemimpin yang memahami dan berani melabur kepada individu yang berkebolehan.

Ada 5 sifat bagi seorang pemimpin yang Berjaya dimana sifat ini tidak boleh ditiru oleh teknologi seperti “artificial intelligence” sekalipun.

Ia adalah akauntabiliti, ketelusan, keadilan, kejujuran dan keupayaan untuk mereka bentuk sistem dan proses manusia.

5. Keupayaan untuk bekerja dengan manusia serta teknologi bersama

Dengan pengaruh teknologi di dalam setiap kehidupan seharian kita, seorang pemimpin yang efektif pada hari esok adalah mereka yang mampu untuk memahami bagaimana untuk membahagikan diantara manusia dan mesin untuk memastikan kedua-duanya memberikan kemampuan maksima pada tahap masing-masing.

Ini antara 5 kemahiran yang anda perlu ada jika anda mahu menjadi seorang pemimpin di dalam dunia  teknologi hari ini. Seorang pemimpin yang terbaik adalah, mereka dapat bekerja dengan teknologi dan manusia pada masa yang demi menari cara yang mampu memberikan mereka melihat sesuatu dengan lebih jelas untuk membangunkan syarikat pada tahap yang lebih baik.

 

SHARE
Suka berkongsi mengenai apa sahaja yang dapat memberikan manfaat, inspirasi, dan idea kepada orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here