Home KESIHATAN 5 Kelebihan Aloe Vera Untuk Kesihatan

5 Kelebihan Aloe Vera Untuk Kesihatan

754
0
SHARE

Aloe vera, turut dikenali sebagai pokok lidah buaya telah digunakan dalam bidang perubatan sejak lama lagi. Ia adalah satu inisiatif tradisional untuk melegakan ruam, merawat luka, meredakan demam, gatal-gatal, masalah kulit dan banyak lagi.

Ia telah digunakan untuk beratus-ratus tahun untuk menyara hidup yang lebih sihat, dari segi luaran dan juga dalaman! Apa kata kita lihat lima kebaikan pokok lidah buaya.

Kenali Pokok Lidah Buaya

Pokok herba ini popular dalam dunia kesihatan dan juga kecantikan. Banyak produk kosmetik sekarang menggunakan tumbuhan ini kerana kebaikannya yang diakui ramai. Cumanya, ia belum lagi menjadi satu tanaman komersial di Malaysia. Lidah buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis keluarganya di seluruh dunia. Ia adalah sejenis tumbuhan liar yang berasal daripada Afrika dan Madagascar, yang kemudian diperkenalkan kepada negara-negara tropika yang lain. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel dalam daunnya.

5 Kelebihan Aloe Vera Untuk Kesihatan

Adakah anda tahu kelebihan-kelebihan aloe vera untuk diri anda? Mari kita lihat lima kelebihan yang ditawarkan pokok herba ini kepada kesihatan kita.

1- Sistem Penghadaman

Gel aloe vera mampu melegakan lapisan membran pada kolon kita, dan ini membantu pelancaran makanan-makanan untuk melalui usus. Kelancaran ini membantu penyerapan nutrien dan juga menyokong kolonisasi bakteria baik untuk sistem penghadaman kita.

2- Sokongan Imun

Pokok aloe vera mempunyai nutrien baik yang tinggi dan bagus untuk kita. Disebabkan pemakanan kita biasanya tidak seimbang, aloe vera mampu membekalkan kita sejumlah vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan optimum.

3- Mempunyai Enzim Baik

Enzim adalah penting untuk proses metabolisma dalam badan. Tanpa rembesan enzim yang mencukupi, fungsi badan kita akan terjejas. Aloe vera mempunya bekalan enzim yang baik untuk penghadaman lemak dan gula. Melalui penghadaman yang bagus, anda juga boleh menjaga kenaikan berat badan anda.

4- Membantu Pemulihan Sel

Pokok lidah buaya mempunyai vitamin-vitamin A, B, C, E, sejumlah asid amino, mineral-mineral seperti zink, magnesium, choline, dan macam-macam lagi yang membantu regenerasi sel dalam proses pemulihan daripada kecederaan.

5- Menjadikan Kulit Lebih Terang

Aloe vera telah digunakan sejam zaman Cleopatra lagi, di mana ia digunakan dengan menyapu pada bahagian kulit untuk mencantikkan lagi penampilan Cleopatra. Ia dipercayai adalah melalui reaksi enzim seperti bradykinase, hormon auxin, gibberellin, dan juga beberapa kompaun yang lain.

Rujukan: 5 Health Benefits of Aloe Vera, Women’s Health and Fitness

SHARE
Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here