Home BISNES 5 Faktor Membuatkan Sesuatu Jenama Itu Menonjol

5 Faktor Membuatkan Sesuatu Jenama Itu Menonjol

574
0
SHARE
5 Faktor Membuatkan Sesuatu Jenama Itu Menonjol

Jenama merupakan suatu yang amat penting untuk memastikan produk anda kekal lama dalam pasaran. Semakin kuat jenama itu, semakin lama dia akan bertahan dalam industri berkenaan.

Jika anda lihat bagaimana jenama seperti Apple, Samsung, dan sebagainya. Mereka sangat konsisten dalam membuat kempen marketing and advertising untuk memberi pendedahan kepada target audience masing-masing.

Untuk memastikan jenama anda sentiasa disedari oleh bilangan audience yang besar dan persaingan yang sangat banyak. Anda perlu mengetahui beberapa faktor untuk memastikan jenama anda menonjol kehadapan berbanding yang lain.

Membuat marketing and advertising membuta tuli tanpa menyedari faktor-faktor penting akan membuahkan hasil kerugian masa dan wang ringgit syarikat.

Ini antara 5 Faktor penting untuk membuatkan jenama anda menonjol :

1. Keaslian

Pertama sekali, jenama anda mestilah asli. Jika anda cuba untuk menjadi atau tiru jenama pesaing anda, orang tidak akan berminat untuk memilih anda lalu pergi ke jenama lain.

Jika mesej anda hanya bergantung kepada perkara yang sama dengan pesaing anda, ia amat susah untuk anda tembusi kepada pasaran yang sedia ada. Dia tidak dapat memberikan perkara atau manfaat yang baru kepada pelanggan.

Cuba cari satu arah dimana pesaing anda tidak cover sesuatu perkara tu. Itu yang dipanggil sebagai USP (Unique Selling Preposition). Ia memang sesuatu yang sukar untuk dilakukan tetapi itu merupakan satu perkara yang penting jika anda mahu blend dengan persaingann yang ada.

2. Keikhlasan

Anda perlukan menunjukkan ketinggian keikhlasan di dalam jenama anda. Jika pada permulaan peringkat anda menunjukkan respon di dalam media sosial seperti “copy paste” gaya robot, pelanggan akan lihat anda seperti satu mesin yang tiada perasaan dan hanya mahu kaut keuntungan semata-mata.

Keikhlasan dalam melayani pelanggan akan mewujudkan “personal touch” di antara anda dan pelanggan. Ini membuatkan hubungan akan menjadi lebih rapat dan kekal berpanjangan. Jika anda dapat memberikan yang terbaik. Silap-silap mereka boleh menjadi “Hardcore fans” anda.

Jangan takut untuk labur kepada personaliti jenama anda. Bercakap kepada pelanggan anda seperti mana anda bercakap dengan seorang rakan. Ini dapat menambahkan lagi jangka masa panjang hubungan berkenaan.

3. Keberanian

Dalam membentuk jenama, risiko selalunya membawa kepada suatu ganjaran. Jenama yang berani tidak akan takut untuk membuat percubaan dengan teknik yang baru dalam menonjolkan jenama.

Kadang kala dengan beberapa teknik baru yang kita lakukan seperti mewujudkan perkara kontroversi yang positif mampu meningkatkan kepada kesetiaan pelanggan. Disini kita akan lihat siapakah yang akan benar-benar bersama jenama kita.

Satu lagi dengan keberanian membuat sesuatu yang baru juga membuatkan jenama anda “tidak bosan” atau “Oh ini sama sahaja dengan jenama lain”.

4. Konsisten

Kunci untuk sentiasa dikenali adalah dengan konsisten. Apakah konsistensi yang diperlukan? Anda perlukan “brand standard” yang jelas. Jika anda mempunyai pelbagai atau beberapa brand standard yang dikeluarkan hanya untuk memastikan keberkesanannya. Ini akan membuatkan audience akan lebih keliru dengan jenama anda.

Matlamat utama yang perlu anda tahu adalah untuk memastikan pengikut dan pembaca anda untuk bertahan selama yang mungkin bersama jenama anda. Untuk lakukan perkara itu, anda perlukan sesuatu yang dapat mewujudkan “familiarity & predictability”.

Perkara yang paling terbaik untuk anda kunci dua perkara ini adalah dengan menetapkan “brand standard” dari awal lagi dan pastikan kesemua pasukan bekerja untuk mewujudkan kempen yang kearah dan menepati “brand standard”

5. Nilai

Selain dari keaslian, anda perlukan nilai yang penting untuk jenama anda. Apakah yang menyebabkan orang pergi ke janama anda berbanding jenama yang sedia ada?

Kuatkan asas nilai yang anda cuba ingin bawa. Ada beberapa cara anda mahu attack untuk menambah nilai untuk produk atau servis anda contohnya dari segi anda mampu berikan info yang lebih, customer support yang bersedia 24/7, mudah untuk akses kepada jenama, design yang menarik dan sebagainya.

Jangan mula memasuki pasaran dengan berlawan harga. Lama-kelamaan ia akan hanya merosakkan industri berkenaan dengan lebih cepat. Originaliti memainkan peranan yang amat tinggi dalam menentukan sesuatu jenama. Contohnya, anda dengan nama MCD, apa dalam fikiran sekarang? Ayam Goreng.

Jika orang sebut nama jenama anda, apa yang perlu anda letakkan dalam fikiran mereka?

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here