Home BISNES 5 Cara Mudah Untuk Anda Cipta Work Life Balance Yang Sempurna

5 Cara Mudah Untuk Anda Cipta Work Life Balance Yang Sempurna

582
0
SHARE
5 Cara Mudah Untuk Anda Cipta Work Life Balance Yang Sempurna

Kita sentiasa hidup dalam keadaan masa yang sibuk. Target jualan syarikat sentiasa meningkat. Jadual mula menunjukkan kepadatannya dan semua orang sedang mencari work life balance yang sempurna untuk memastikan dapat memberikan sesuatu tugas itu secara efektif dan efisien.

Perkara yang paling ideal sekali adalah meletakkan 100% kepada di setiap tugas yang anda lakukan. Jika bekerja, buat sehabis baik. Jika ia masa bersama dengan keluarga, bagi perhatian yang penuh dan lain-lain. Nampak seperti mudah dilakukan…

Tetapi sebenarnya reality kebanyakkan daripada kita akan menghadapi saat-saat yang sukar dimana kadangkala kerja tiba-tiba perlukan perhatian yang lebih daripada kita berbanding keluarga dan sebaliknya.

Jika anda sedang bersusah payah dalam menangi masalah seperti ini. Ini ada 5 cara muda untuk cipta work life balance yang sempurna :

1.Urus masa dengan efektif

Pastikan anda mempunyai jadul kehidupan yang anda akan displin untuk ikutinya.

Buat perkara yang susah dahulu kerana walaupun anda tidak dapat menyiapkkan kerja yang lain, anda akan merasakan kepuasan kerana sudah menyiapkan pekerjaan yang sukar.

2. Jangan selalu mengatakan “Ya Boleh”

Komitmen anda dalam melakukan sesuatu kerja memang dipuji, tetapi untuk mendapatkan work life balance, anda kena belajar untuk berkata tidak dan beritahu perkara sebenarnya.

Berikan respon “no” di tempat kerja apabila anda diberikan tugas di luar job description anda. Ia mungkin mudah untuk orang yang memerintahkan kerja itu kepada anda.

Cakap “no” juga bukan untuk mengelak sesuatu kerja, tetapi memastikan kerja yang anda betul-betul yang perlu anda lakukan tidak terganggu dengan kerja yang tidak sepatutnya anda lakukan.

Buat apa yang anda boleh buat, tetapi minimize bebanan kerja-kerja yang tidak perlu.

3. Susun keutamaan dan bahagikan tugas.

Perkara yang paling pasti untuk anda membunuh diri sendiri adalah dengan bersifat ego untuk tidak mahu bealjar bagaimana untuk memberikan tugas kepada orang lain. Anda rasakan bahawa anda seorang sahajalah yang tahu semua perkara.

Ketika anda sedang bekerja, banyak perkara yang akan meminta masa anda untuk berkongsi. Untuk mencapai keseimbangan, anda kena belajar meletakkan keutamaan dan agihkan tugas dengan berkesan.

4. Hidup sihat dan pastikan anda sentiasa FIT

Anda perlu sentiasa sihat untuk memastikan anda dapat capai atau selesaikan lambakan kerja yang anda terima. Set matlamat kesihatan setaraf bagaimana anda set matlamat kerja anda.

Pastikan anda meletakkan masa dan ruang untuk lakukan senaman berkala. Jangan tidak membuatnya langsung pada satu hari. Hanyak sibuk di hadapan laptop dan pejabat. Senaman ringan juga sudah mencukupi.

Ramai juga usahawan di luar sana yang terlepas pandang untuk mengambil rehat dan tidur dengan baik. Dia bekerja sehingga lewat subuh. Ya memang dunia usahawan memang begitu sibuk, tetapi jangan mengamalkan rutin kehidupan seperti itu.

Kesannya terhadap kehidupan anda adalah lebih besar dan lebih buruk lagi.

5. Minta bantuan

Jangan takut untuk meminta bantuan orang lain jika anda perlukan. Jika anda sesuatu tugas yang anda rasa berat untuk melakukan seorang diri. Minta bantuan rakan sekerja yang lain. Jangan jadi seperti anda seorang diri sahaja di dalam syarikat.

Seperti bola, walaupun anda seorang pemain pertahanan, anda perlukan penyerang untuk memanangi game tersebut.

Cuba untuk praktikan tips ini dan semoga berjaya.

SHARE
Suka berkongsi mengenai apa sahaja yang dapat memberikan manfaat, inspirasi, dan idea kepada orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here