Home FESYEN 4 Tips Menarik Untuk Tampak Lebih Tinggi

4 Tips Menarik Untuk Tampak Lebih Tinggi

614
0
SHARE
Hasil carian imej untuk fesyen untuk lebih tinggi

Semua wanita ingin tampil dengan penuh bergaya, namun tidak semua gaya bersesuaian dengan ketinggian dan bentuk tubuh masing-masing. Ada yang bertubuh ramping dan tinggi lampai, namun ada yang bertubuh gempal dan pendek.

Hasil carian imej untuk fesyen untuk lebih tinggi

Tetapi, ianya bukan penghalang untuk menyesuaikan pakaian anda dengan bentuk fizikal anda sendiri. Asalkan ianya saling bersesuaian bila digayakan pasti anda akan lebih kelihatan cantik dan menarik.

Harus anda ingat, bahawa tidak semestinya pemakaian yang cantik digayakan oleh wanita lain, akan turut kelihatan cantik bila digayakan oleh anda.

Berikut merupakan tips berguna yang mampu menjadikan anda kelihatan sangat menarik untuk tampil bergaya bergantung kepada bentuk fizikal dan tahap ketinggian masing-masing.

1.Pilih kasut yang sesuai

Tips mudah yang perlu anda lakukan anda dengan memakai kasut bertumit tinggi untuk menampakkan anda kelihatan lebih tinggi berbanding saiz biasa. walupun begitu, warna kasut turut maminkan peranan penting dimana warna-warna neutral seoertu pastel akan membuatkan anda kelihatan lebih tinggi betrbanding warna hitam.

2.Corak jalur

Bagui anda berbadan gempal, ia bukanlah satu perkara yang perlu anda khuatitrkan apabila anda ingin kelihatan bergaya dalam penampilan anda sendir. Sebolehnya, anda elakkan untuk memakai pakaian yang berjalur horizontal kerana ia memberikan impak yang lebih lebar kepada tubuh badan anda. Disarankan untuk anda memakai baju yang berjalur vertical yang akan menjadikan anda tampak lebih ramping dan tinggi.

3.Pilih seluar ikut saiz

Jika anda seorag yang bertubuh rendah, anda sebaiknya menggayakan seluar palazo yang memberikan ilusi kaki yang lebih panjang kepada saiz tubuh anda. Tips mudah, elakkan memakai baju yang labuh jika anda memakai seluar palazo, sebaliknya padankan seluar palazo bersama baju yang sekadar labuh aras punggung anda sahaja.

4.Aksesori tambahan

Rantai leher bertali pendek sesuai digayakan oleh  anda yang berleher jinjang. Sekiranya anda memiliki ;eher yang pendek, anda tidak disarankan untuk mengenakan sebarang aksesori di leher anda.  Begitu juga dengan anting-anting mahupun subang. Ianya tidak sesuai dipadankan bagi anda yang berleher pendek. Bagi penggayaan  beg tangan pula, wanita bertubuh kecil dan kurus disarankan untuk memakai jenis bag tangan yang kecil dan untuk wanita bertubuh besar, anda sesuai menggayakan jenis bag tangan bersaiz sederhana.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here