Home BISNES 4 Cara Untuk Menjadikan Jenama Anda Mudah Dikenali

4 Cara Untuk Menjadikan Jenama Anda Mudah Dikenali

226
1
SHARE
4-cara-untuk-menjadikan-jenama-anda-mudah-dikenali

 

Anda mempunyai jenama pakaian yang anda sukakan? Jika anda, itulah kuasa sebuah branding. Jenama akan membuatkan seseorang itu akan membuat hubungan yang lama dan setia atau ianya hanya dipandang sekali dan tidak mengendahkannya.

Tapi, untuk membina sebuah jenama yang hebat tidak akan pernah berlaku dalam sehari. Ia memerlukan pengorbanan masa untuk mengenalpasti bagaimana untuk mencapai audience pada tahap yang paling efektif sekali.

Ini 4 cara yang boleh anda lakukan untuk menjadikan jenama anda mudah dikenali :

1. Fokus kepada peceritaan, bukan pada ciri-ciri produk

Tanpa penceritaan jenama yang baik, produk anda tidak akan mendatangkan nilai emosi kepada pelanggan. Manusia sangat rapat dengan sebuah penceritaan kerana daripada kecil lagi kita sudah mendengar cerita-cerita pengajaran atau kebaikan daripada ibu bapa kita.

Sama juga seperti sebuah jenama, apabila ia dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap kita, ia akan memberikan impak kepada cara kita membeli.

Tapi anda mesti kena sedar, sebuah penceritaan yang menarik mestilah dibantu dengna sebuah produk yang baik. Jika penceritaan nya bagus tetapi sebenarnya produk tidak seperti yang dinyatakan. Ia akan menambah lagi keburukan kepada jenama anda.

2. Jangan menjadi sesuatu yang anda tidak mahu

Mesej kepada jenama anda mestila bersifat jujur dan menunjukkan siapa anda sebagai pendiri bisnes. Jangan terlalu ikut-ikutan dengan apa yang sedang trending atau nampak cool tapi  ia tidak membawa kepada kejujuran kepada penjenamaan anda.

Daripada anda fikir untuk ikut-ikut, ia lebih baik anda fokus kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang nyata kepada pelanggan anda.

Ada banyak juga jenama yang kelihatan “uncool” mempunyai jenama yang kuat. Contohnya macam jenama-jenama perkakas elektrik. Mereka tidak memperlihatkan mereka “cool” tetapi mereka fokus apa yang mereka boleh sumbang pada tahap yang terbaik dan berikan pengalaman yang unik kepada pelanggan.

3. Berikan nilai untuk mendapatkan jenama anda disukai

Nilai ini boleh menjadi pelbagai perkara. Anda kena tentutkan nilai apa yang anda mahu berikan kepada pelanggan. Kerana dengan nilai ini membuatkan jenama anda lebih disayangi berbanding pesaing anda yang lain.

Salah satunya anda boleh menghasilkan konten yang fokus kepada pembinaan hubungan dan membantu pelanggan untuk memastikan mereka dapat info produk, nasihat, dan dapat membuat keputusan yang baik berdasarkan konten anda.

Ini juga dikira sebagai nilai dimana anda memberikan mereka maklumat yang jelas dan tepat. Anda kena faham perjalanan pelanggan anda untuk memastikan konten apa yang kena dengan mereka.

Jika anda boleh bawa “content marketing” dalam bisnes, anda akan melihat bagaimana “content marketing” membawa kepada kerendahan kos dalam meningkatkan awareness and engagement kepada jenama anda.

4. Pastikan anda mengutamakan pelanggan di media sosial

Fokus kepada membuat hubungan kepada target pelanggan anda dan mula bersosial dengan mereka. Tidak kira kecil ataupun besar syarikat anda, ini tindakan yang perlu anda lakukan.

Servis pelanggan yang bagus di media sosial akan membawa kepada perkembangan bisnes yang baik. Kerana ia mudah tersebar dan disampaikan kepada orang lain.

Anda kena tahu, mempunyai seorang pelanggan yang setia adalah 10 kali lebih baik daripada pelanggan yang buat pertama kali membeli dari anda.

Ini antara 4 perkara yang jika anda praktikannya akan membuatkan jenama anda akan lebih mudah dikenali.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here