Home BISNES 4 Cara Berkesan Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Memotivasikan Pasukan Anda

4 Cara Berkesan Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Memotivasikan Pasukan Anda

446
0
SHARE

Untuk memastikan setiap ahli pasukan mempunyai motivasi yang sama seperti syarikat inginkan, ia merupakan salah satu perkara yang mencabar untuk dilakukan.

Tanpa ahli pasukan di dalam syarikat, mustahil untuk gerakkan bisnes yang anda ada, sebab itu anda perlukan cara yang baru dan inovatif untuk memastikan mereka semua dalam keadaan bermotivasi di setiap hari dalam melakukan pekerjaan harian.

Sebagai seorang ketua, anda kena pastikan setiap ahli pasukan mestilah bergerak pada satu matlamat yang sama dimana mereka semua mesti sentiasa dalam keadaan minat yang mendalam untuk kearah tu.

Untuk memastikan perkara itu berlaku, anda kena pastikan anda menjalankan sesebuah bisnes ini dalam keadaan jujur dan telus supaya mereka merasakan mereka adalah orang yang bernilai di dalam syarikat.

Ini antara 4 cara berkesan untuk motivasikan pasukan anda dalam memastikan suasana kerja yang harmoni dan membawa syarikat kearah kejayaan.

1. Lakukan aktiviti “team-building”

Untuk motivasikan pasukan anda, berikan mereka lebih daripada sekadar gaji atau sedikit masa percutian. Ramai yang mengetepikan aktiviti “team-building” dalam syarikat. Ini antara kebaikan yang boleh didapati di dalam melakukan aktiviti ini :

– Berikan kesemua ahli pasukan keluar daripada office bersama dan lakukan sesuatu yang seronok dan lupakan sementara hal pekerjaan di office.

– Berikan spesifik masa untuk mengenali ahli pasukan di antara satu sama lain dengan cara yang lebih baik.

– Melatih kemahiran komunikasi.

– Membantu mereka keluar daripada zon selesa.

– Meningkatkan semangat kerja berpasukan.

– Membantu melatih kemahiran kempipinan.

2. Berikan sokongan yang berterusan

Tanpa sokongan anda sebagai ketua di dalam syarikat, ahli pasukan anda tidak akan mampu untuk berkembang maju. Anda perlu berikan mereka akses kepada alat yang mereka perlukan untuk mencapai matlamat di dalam sesuatu tugasan yang diberikan.

Sokongan ini boleh datang dari pelbagai bentuk, antaranya dalam perkongsian idea, pemberian latihan tambahan, bekerja di dalam berpasukan dan sebagainya.

Sistem sokongan di dalam syarikat anda juga mestilah mempunyai kesinambungan di dalam memberikan bantuan di dalam pekerjaan yang memerlukan masa yang pendek dan masa yang panjang.

Contohnya, lakukan briefing yang kerap dapat memberikan kesan produktiviti jangka panjang dan sentiasa monitor ahli pasukan yang mempunyai tight deadline dengan memberikan mereka bantuan di setiap apa yang mereka perlukan.

3. Berikan mereka masa untuk bekerja dengan “flexible hours”

Sekarang ini kita tengah duduki zaman dimana bekerja secara remotely sudah mencari semakin popular. Ada kajian menunjukkan membenarkan pekerja anda bekerja secara jarak jauh mampu berikan :

– Meningkatkan produktiviti

– Membantu di dalam pekerjaan yang sangat efisien

– Mengurangkan tahap stress di dalam melaksanakan sesuatu tugas

– Meningkatkan moral

– Mengurangkan overhead

Dengan memberikan pekerja anda masa yang flexible dan mampu bekerja secara jarak jauh, ini mampu memberikan satu penanda aras dimana ini merupakan salah satu cara bekerja pada masa hadapan esok.

Perkara ini sudah familiar di luar Negara, tetapi ia perlukan perhatian dan sistem yang lebih tepat apabila diaplikasikan di dalam Malaysia.

Kebanyakkan syarikat yang lakukan teknik ini tidak mampu dalam membuahkan hasil pencapaian seperti yang diinginkan.

Kerana budaya ini belum “biasa” dengan di dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebanyakkan majikan mengadu yang pekerja lebih ambil kesempatan daripada manfaat peluang yang diberikan.

4. Tunjukkan penghargaan anda kepada ahli pekerja

Apabila syarikat mencapai sesuatu kejayaan, ia satu perkara yang amat penting untuk beritahu kepada ahli pasukan yang lain dan menyambut kejayaan itu bersama-sama.

Ini bukan sekadar menyambut kejayaannya sahaja, tetapi perkara yang lebih bernilai adalah kita memberikan mereka perasaan dihargai berada di dalam syarikat. Ini akan menimbulkan “sense of belonging” ahli pekerja kepada syarikat.

Pekerja sangat menghargai perkataan-perkataan seperti “terima kasih” atau “pekerjaan yang bagus!” di dalam fasa menyelesaikan sesuatu kerja.

Walaupun ini merupakan perkara yang kecil tapi ia mampu memberikan kesan yang besar pada ahli pekerja.

Salah satu cara lain adalah anda boleh membawa ahli pekerja makan bersama ketika luar daripada waktu pejabat untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara ahli pasukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here