Home MAKANAN 3 Resepi Kuih Hidangan Berbuka Puasa 2017 – #1

3 Resepi Kuih Hidangan Berbuka Puasa 2017 – #1

2255
0
SHARE

Tiba sahaja ramadhan, penuh pelbagai juadah di bazar ramadhan yang terdiri daripada banyak jenis menu. Lauk pauk, manisan, kuih muih juga air. Lihat sahaja menu-menu ini pasti terliur dan membuka selera bagi yang berpuasa.

Hujung minggu bercuti, pastinya anda sebagai wanita ingin menyediakan juadah berbuka buat keluarga. Menu yang dihidangkan juga lebih meriah berbanding dibeli di bazar ramadhan. Maklum sahaja, penyediaan dengan air tangan sendiri. Tentu sahaja lebih memikat selera.

Berikut merupakan resipi kuih muih daripada 5 buah negeri berbeza  yang dapat saya kongsikan kepada anda.

Kuih Nekbat Terengganu

Kuih Nekbat Terengganu

 

Bahan-Bahan

1 bungkus tepung beras

12 biji telur ayam
500 gram gula
5 helai daun pandan

Cara-cara Penyediaan

1. Sangai tepung beras dengan api sederhana hingga kering. Biarkan sebentar hingga ia sejuk.

2. Pukul telur hingga kembang dan berbuih dalam mangkuk ataupun besen.
3. Panaskan acuan terlebih dahulu  dan sapukan dengan minyak. Seterusnya, taburkan tepung ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.
4. Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
5. Untuk sira, masukkan dua gelas air dan sepuluh sudu besar gula ke dalam periuk. Apabila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan dan boleh  masukkan 10 biji nekbat.

* 10 sudu gula hanya untuk  10 biji nekbat sahaja.

Kuih Onde-Onde Melaka

Kuih Onde-Onde

 

Bahan-Bahan :

500 gram tepung pulut4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut
Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air.

Cara-cara Penyediaan :

1. Masukkan pewarna daun pandan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih sedap, gunakan daun pandan yang dikisar.
2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentelkan sehingga  menjadi bentuk bulat.
3. Leperkan adunan tadi dan letakkan letakkan gula melaka di tengah-tengahnya  dan gentelkan semula  menjadi bulat.
4. panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
5. Kemudian, masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul.
6. Biarkan kuih tersebut sejuk. Apabila telah sejuk, gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.

 Kuih Akok – Akok

Kuih Akok - Akok

 

Bahan-Bahan :

5 biji telur

150 gram manisan nisan atau gula Melaka
30 gram tepung gandum
200 ml santan pekat
100 ml air
Secubit garam
3 helai daun pandan

Cara-cara Penyediaan :

1. Air, manisan dan daun pandan dicampurkan ke dalam periuk kemudian dimasaksehingga  mendidih.

2. Masukkan santan dan biarkan sehingga sejuk.
3. Bila dah suam, masukkan  telor, tepung gandum dan garam. Kisarkan kesemua bahan tadi sehingga kembang.
4. Tapis adunan kedalam acuan yang telah dipanaskan.
5. Bakar pada suhu 200 selama 10 minit.
* Oleskan acuan dengan minyak agar tidak melekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here