Home TRAVEL Melancong ? Pastikan 4 Barang Penting Ini Bersama Anda

Melancong ? Pastikan 4 Barang Penting Ini Bersama Anda

732
0
SHARE

Bila tiba masa untuk melancong, banyak barang yang hendak dibawa. Boleh jadi satu almari dibawanya.
Namun, percutian yang menyeronokkan perlu dalam keadaan yang santai tanpa barang-barang.

Jika semua barang anda bawa, dimanakah ruang untuk cendermata di bagasi ataupun bagpack anda untuk dibawa pulang bersama.
Berikut antara barang penting yang perlu bersama-sama anda ketika melancong tidak kira dalam negara ataupun ke luar negara.

#1.Powerbank
Pastinya powebank merupakan barang yang sangat penting. Anda tidak perlu runsing untuk fikir hendak mengecas handphone anda, tidak perlu risau kehabisan bateri dan tidak perlu risau jika bateri habis ketika hendak bergambar.

Bukan sahaja memudahkan urusan anda ketika melancong malah powerbank juga mudah dibawa ke mana sahaja.

#2.Kamera digital
Apabila melancong, semestinya anda mahu mengambil gambar di setiap tempat perlancongan anda. Dan yang menjadi lebih penting, anda mahukan gambar yang berkualiti dengan pencahayaan yang baik dan cantik.

Oleh itu, kamera digital turut menjadi salah satu barang penting yang perlu ada bersama anda ketika melancong.

#3.Long john
Long John ini penting dibawa jika percutian anda pada musim sejuk. Ianya merupakan barang penting untuk memerangkap haba yang dipakai di dalam baju.

Apabila haba diperangkap dengan baik, ia mengatasi kesejukan melampau dan tidak mengganggu percutian anda untuk berjalan-jalan.

#4.Makanan Segera
Jika anda memilih untuk melancong ke luar negara, pastinya anda akan mengalami sedikit masalah untuk mendapatkan bekalan makanan halal. Jika ada makanan halal, tapi harga pula mahal.

Dengan membawa makanan
segera, ia membantu anda untuk sentiasa bersedia dengan bekalan makanan tanpa perlu berlapar sekaligus menjimatkan wang anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here