Home KECANTIKAN Ketiak Berbau? Ini Petuanya

Ketiak Berbau? Ini Petuanya

96
0
SHARE

Mandi berulang kali pun dah, sapu dengan sabun pun dah, sampai rasa nak gosok dengan berus pun ada. Sental bagi bersih sampai hilang bau pada ketiak ni.

Ketiak Berbau? Ini Petuanya

Kadang-kadang bila lalu sebelah orang ramai pun, rasa malu sangat. Terdetik jugak kat hati bila berhadapan situasi berhampiran dengan orang yang mengalami masalah ketiak berbau ni, hendak saja hadiakan ”deodorant”.

Anda yang mempunyai masalah sebegini, boleh mencuba petu-petua berikut.

1.Cuka Epal

Cuka epal ini juga dikenali sebagi ”apple cider”. Salah satu cara untuk menghilangkan bau ketiak yang anda alami sekarang.

Caranya, tuangkan cuka epal tadi ke dalam cawan kosong. Ambil bebola kapas dan celupkan ke dalam cawan tersebut. Seterusnya, sapukan bebola kapas tadi pada ketiak anda. Biarkan beberapa minit baru dibilas dengan air suam ataupun air bersih.

Untuk lebih mudah, lakukan sebelum mandi. Amalkan cara ini 2 hari sekali pada waktu pagi dan petang.

2.Soda Bikarbonat

Banyak kegunaan soda bikarbonat yang anda tidak tahu. Bukan sekadar untuk buat kek sahaja. Bagi mengelakkan pembaziran berlaku, anda boleh ambil satu sudu soda bikarbonat ibu-ibu anda didapur untuk membasmi masalah bau ketiak anda.

Caranya mudah sahaja. campurkan satu sudu soda bikarbonat satu sudu jus lemon yang telah siap diperah. Kacau rata bahan campuran tadi dan sapukan pada ketiak. Biarkan seketika kemudian baru dibilas dengan air.

3.Lemon

Sangat mudah didapati buah lemon ini. Pergi sahaja ke pasaraya yang menjual barang basah dan beli satu biji lemon sahaja.

Lemon ini bukan sahaja membantu menghilangkan bau busuk pada ketika malah ia juga dapat mencerahkan rona kulit hitam pada ketiak.

Carany, hiriskan lemon tersebut dan sapukan sahaja pada ketiak secara perlahan dan lembut. Baki lemon yang selebihnya, anda boleh simpan di peti ais dan boleh digunakan untuk sapuan seterusnya. Sebiji lemon anda boleh jimatkan selama 1 minggu.

4. Air Mawar

Air mawar juga mudah untuk anda dapati. Cari sahaja di pasaraya, air mawar yang telah siap dibotolkan. Jika anda mahukan lebih kepuasan anda boleh buat air mawar hasil tangan sendiri.

Anda hanya perlu sapukan sahaja air mawar pada ketiak anda dan biarkan sehingga kering. Lakukan cara ini pada setiap malam sebelum tidur.

Kesemua bahan tersebut boleh anda dapati secara mudah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Selain dapat menghilangkan masalah bau ketiak, anda juga dapat berjimat.

Semoga perkongsian ini lebih mujarab untuk diamalkan. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here