Home BISNES Sarapan Lampu Isyarat Rezeki Ustaz Dan Lima Anak Muda Pencetus Idea

Sarapan Lampu Isyarat Rezeki Ustaz Dan Lima Anak Muda Pencetus Idea

1408
5
SHARE
SHAH ALAM 28 SEPTEMBER 2016. Peniaga, Muhammad Aqil Rahman menjual roti sandwich "ustazkopi" kepada pemandu kenderaan yang berhenti di lampu isyarat di Jalan Subang, Lebuhraya Guthrie. STR/SHAZREEN ZAMZURI (FOR BH PLUS)

SHAH ALAM: Gelagat pengemis mendekati kereta berhenti di persimpangan lampu isyarat, memberi idea kepada lima anak muda termasuk empat guru agama, memanfaat strategi sama bagi menjayakan perniagaan sarapan diusahakan mereka.

SHAH ALAM 28 SEPTEMBER 2016. Peniaga roti sandwich "ustazkopi" Razlan Abdul Rahman. STR/SHAZREEN ZAMZURI (FOR BH PLUS)
SHAH ALAM 28 SEPTEMBER 2016. Peniaga roti sandwich “ustazkopi” Razlan Abdul Rahman. STR/SHAZREEN ZAMZURI (FOR BH PLUS)
SHAH ALAM 28 SEPTEMBER 2016. Peniaga roti sandwich "ustazkopi" Razin Abdul Rahman. STR/SHAZREEN ZAMZURI (FOR BH PLUS)
SHAH ALAM 28 SEPTEMBER 2016. Peniaga roti sandwich “ustazkopi” Razin Abdul Rahman. STR/SHAZREEN ZAMZURI (FOR BH PLUS)

Meskipun awalnya disangka mengemis, namun idea kreatif mereka mundar-mandir di atas pembahagi jalan, sambil mengusung dulang berisi sandwich dan kopi itu, mendapat sambutan pengguna Jalan Subang dan Lebuh Raya Guthrie (GCE) di sini.

Perniagaan lima sahabat yang digelar ‘UstazKopi’ itu, mula mendapat perhatian orang ramai sejak sebulan lalu kerana menawarkan sarapan ringkas berupa, sandwich telur dan sardin pada harga RM2 serta RM1 bagi secawan kopi.

SHAH ALAM 28 SEPTEMBER 2016. Peniaga, Aiman Burhanudin bersama Razin Abdul Raman (kanan) berjalan sambil menjual roti sandwich "ustazkopi" kepada pemandu kenderaan yang berhenti di lampu isyarat di Jalan Subang, Lebuhraya Guthrie. STR/SHAZREEN ZAMZURI (FOR BH PLUS)
SHAH ALAM 28 SEPTEMBER 2016. Peniaga, Aiman Burhanudin bersama Razin Abdul Raman (kanan) berjalan sambil menjual roti sandwich “ustazkopi” kepada pemandu kenderaan yang berhenti di lampu isyarat di Jalan Subang, Lebuhraya Guthrie. STR/SHAZREEN ZAMZURI (FOR BH PLUS)
SHAH ALAM 28 SEPTEMBER 2016. Peniaga, Muhammad Aqil Rahman menjual roti sandwich "ustazkopi" kepada pemandu kenderaan yang berhenti di lampu isyarat di Jalan Subang, Lebuhraya Guthrie. STR/SHAZREEN ZAMZURI (FOR BH PLUS)
SHAH ALAM 28 SEPTEMBER 2016. Peniaga, Muhammad Aqil Rahman menjual roti sandwich “ustazkopi” kepada pemandu kenderaan yang berhenti di lampu isyarat di Jalan Subang, Lebuhraya Guthrie. STR/SHAZREEN ZAMZURI (FOR BH PLUS)

Berkongsi idea usaha itu, Razlan Abdul Rahman, 36, berkata semuanya bermula daripada perbincangan bersama rakan-rakan lebih sebulan lalu, berhubung isu peminta sedekah di lokasi tumpuan, terutama persimpangan lampu isyarat.

“Selama ini, ketika berulang alik dari Mentari Court ke tempat kerja di Puncak Alam melalui jalan sama, saya sering terserempak kelompok peminta sedekah mengambil kesempatan mengemis simpati pemandu yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Gelagat pengemis itu memberi idea kepada kami untuk cuba melakukan perubahan dengan berniaga di persimpangan lampu isyarat terbabit. Kami bukan sekadar mencari peluang niaga, tetapi membantu orang ramai yang tidak sempat bersarapan di rumah kerana mengejar masa ke tempat kerja,” katanya.

Ustazkopi diusahakan Razlan bersama empat lagi rakan iaitu Razin Abdul Rahman, 24; Muhammad Aqil Ibrahim, 25; Mohamad Fatkhi Mohamad Tohid, 25, dan Aiman Burhanudin, 24.

Mereka memilih sandwich dan kopi sebagai bahan jualan, kerana ia tahan lebih lama serta mudah untuk dinikmati pemandu dan penumpang di dalam kenderaan masing-masing. Memulakan perniagaan seawal jam 6.30 pagi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum, mereka bangun seawal jam 4 pagi untuk menunaikan solat sunat terlebih dahulu sebelum memulakan persiapan awal jualan.

Razlan berkata, empat dari mereka bertugas sebagai guru di Meru sebelah petang, manakala Aiman berpengalaman berniaga kecil-kecilan, menjadikan usaha mereka lebih mudah, memandangkan perniagaan itu hanya dilakukan sebelah pagi. “Kebiasaannya, persiapan barang mentah untuk membuat sandwich kami lakukan pada sebelah petang selepas pulang dari mengajar.

SHAH ALAM 28 SEPTEMBER 2016. Peniaga, Muhammad Aqil Rahman (kanan) bersama rakanya Razin Abdul Rahman (kiri) menyusun roti sandwich "ustazkopi" di Jalan Subang, Lebuhraya Guthrie. STR/SHAZREEN ZAMZURI (FOR BH PLUS)
SHAH ALAM 28 SEPTEMBER 2016. Peniaga, Muhammad Aqil Rahman (kanan) bersama rakanya Razin Abdul Rahman (kiri) menyusun roti sandwich “ustazkopi” di Jalan Subang, Lebuhraya Guthrie. STR/SHAZREEN ZAMZURI (FOR BH PLUS)

Proses menyiapkan sandwich termasuk mengasingkan tulang ikan sardin akan dilakukan pada waktu malam dengan dibantu isteri. “Berkonsepkan perniagaan bergerak, kami memulakan jualan sandwich dan kopi di persimpangan lampu isyarat Jalan Subang menghala ke GCE mulai jam 6.30 sehingga jam 9 pagi.

SHAH ALAM 28 SEPTEMBER 2016. Peniaga, Muhammad Aqil Rahman bersama Razin Abdul Rahman menyusun roti sandwich "ustazkopi" di Jalan Subang, Lebuhraya Guthrie. STR/SHAZREEN ZAMZURI (FOR BH PLUS)
SHAH ALAM 28 SEPTEMBER 2016. Peniaga, Muhammad Aqil Rahman bersama Razin Abdul Rahman menyusun roti sandwich “ustazkopi” di Jalan Subang, Lebuhraya Guthrie. STR/SHAZREEN ZAMZURI (FOR BH PLUS)

“Kami hanya meletakkan meja bagi menempatkan bungkusan sandwich dan kopi sebelum mundar mandir di sepanjang bahu jalan apabila kenderaan berhenti ketika lampu isyarat merah untuk memudahkan pemandu membeli tanpa perlu turun daripada kenderaan,” katanya.

Sumber : BH

5 COMMENTS

  1. Untuk menjadi jutawan, kita hanya memerlukan untuk menyelesaikan jutaan masalah orang yang sama. Jangan melihat masalah sebagai penghalang tetapi sebagai suatu peluang. Big respect to them.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here