Home SEMASA Pantau Anak2 Melayari Internet Tanpa Diketahui

Pantau Anak2 Melayari Internet Tanpa Diketahui

963
0
SHARE

Seperti yang kita tahu, sekarang adalah zaman dimana internet bole dilayari menggunakan pelbagai kemudahan teknologi contohnya laptop, smartphone, tablet, dan sebagainya. Sebagai ibu bapa ataupun seorang abang kepada adik, seorang kakak kepada adik ataupun siapa sahaja yang bertanggungjawab untuk melihat pembesaran keluarga kita sendiri untuk menjadi lebih baik, kita kena ambil tahu apa yang mereka lakukan. Bukan nak mengonkong tapi sebagai pemantau kepada aktiviti2 mereka kerana segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya.

Sekarang internet boleh menjadi sebuah medium kebaikan dan boleh juga menjerumus kepada keburukan. Anak muda sentiasa mencari benda2 baru untuk dipelajari, tapi kita kena tahu pada masa bila yang sesuai untuk mereka pelajari sesuatu perkara yang tertentu. Okay lets straight to the point. Macam mana nak pantau mereka tanpa diketahui ? Okay anda boleh menggunakan satu medium untuk pantau mereka yang dinamakan sebagai GOOGLE ACTIVITY . Ni tutorial dia step by step macam mana nak guna :

1) Daftar Account Google Dulu.

1

2) Dah Sign Up, Tekan Link Ni https://myactivity.google.com/myactivity
Anda akan dibawa ke paparan ni dan pemantauan aktiviti anak2 anda sudah boleh direkod tanpa diketahui.

1

3) Soalan : Nak kena selalu sign in ke ? YES, WAJIB.  Anda tidak boleh LogOut Account Gmail anda. Just anda bole tutup je TAB tu. Once da LogOut Activity tak dapat lagi direkod.

Apa tujuan utama kita membuat begini ? Okay kesimpulannya adalah kalau kita tengok perkhidmatan internet sememangnya memberikan manfaat kepada pengguna walaupun secara minoritinya membawa kepada keburukan. Tapi, semua ini bergantung kepada ibu bapa itu sendiri, sama ada bijak atau tidak mendidik anak-anak dalam memanfaatkan penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Kata pepatah ‘ Mencegah itu lebih baik daripada merawat”  sememangnya jikalau ibu bapa mula bertindak dari awal, masalah2 penyalahgunaan internet dan jenayah siber yang semakin menjadi-jadi akan mudah dikawal dan dibendung, dan secara tidak langsung, negara kita akan dipenuhi dengan generasi-generasi yang berguna dan berfikiran hadapan.

Goodluck semua !

NAK RESUME ANDA KELIHATAN POWER ?
CLICK SINI :

https://www.facebook.com/ResumeStylo-1637577899824220/

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here