Home SEMASA Letak Dalam Beg,Ditinggal Begitu Sahaja

Letak Dalam Beg,Ditinggal Begitu Sahaja

1008
0
SHARE

Letak Dalam Beg,Ditinggal Begitu Sahaja

Butterworth: Bayi perempuan baru dilahirkan ditemui dalam beg yang ditinggalkan di pondok menunggu bas dekat Bagan Ajam, di sini, 8 pagi tadi.

Bayi berkenaan ditemui pelajar sekolah menengah berhampiran lalu memaklumkan kepada pengawal.

Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Klinik Desa Bagan Ajam tidak jauh dari sekolah berkenaan.

Sepasukan polis yang mendapat maklumat berkenaan bergegas ke tempat kejadian sebelum menghantar bayi itu ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan.

14432934_155070304947394_438106464714216472_n

Polis sedang menunggu keputusan pemeriksaan sebelum menyerahkan bayi berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dijumpai pagi tadi masih hidup dalam kesejukan di perhentian bus depan SMK Dato Onn, Butterworth. Tali pusat yang telah dipotong turut diletakkan dalam beg yang ditinggalkan bersama.

14522727_155070334947391_6059593371386123830_n

14441091_155070354947389_7164497996015497505_n

Semoga dipermudahkan urusan kehidupan bayi yang tidak berdosa ini.

 

SHARE

Penulis bebas yang suka bersembang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here