Home HIBURAN ‘Fara Fauzana Batalkan Perkahwinan’

‘Fara Fauzana Batalkan Perkahwinan’

3745
0
SHARE

PETALING JAYA: Hasrat personaliti televisyen iaitu Fara Fauzana untuk berkahwin pada 17 September ini tidak kesampaian apabila majlis berkenaan dibatalkan.

Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, berkata, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongi olehnya.
“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.“Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi” katanya kepada mStar Online pada Ahad.

Jelas Fara keputusan itu adalah sesuatu yang sukar baginya.Katanya setelah memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya selain memohon petunjuk daripada Allah, membincangkan bersama orang tua dan keluarga terdekat, keputusan dibuat itu adalah terbaik.


“Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti,” katanya.
Fara menambah, kenyataan yang dibuatnya itu secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir pihak media yang barangkali sudah menghidu berita berkenaan.Katanya, ketika ini dia sedang melalui situasi yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.
“Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media.
“Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini,” tambahnya.

Admin doakan moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk Fafau.Moga Allah temukan beliau dengan jodoh yang terbaik.

Amin.

Sumber:MSTAR 

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here