Home KECANTIKAN Scarffeya Perintis Pakaian Muslimah Moden Dan Bekerjaya

Scarffeya Perintis Pakaian Muslimah Moden Dan Bekerjaya

6102
4
SHARE
Scarffeya Perintis Pakaian Muslimah Moden Dan Bekerjaya

Scarffeya Perintis Pakaian Muslimah Moden Dan Bekerjaya | Sebut sahaja mengenai Scarffeya,pasti ramai yang sudah mengetahui mengenai kepakaran mereka dalam menghasilkan pelbagai rekaan pakaian muslimah moden khususnya bagi wanita yang bekerjaya.Tidak ketinggalan juga,mereka turut menghasilkan variasi baju kurung moden yang eksklusif untuk golongan remaja dan suri rumah tangga sepenuh masa.

Apa yang membezakan Scarffeya daripada butik yang lain ialah kepakaran mereka dalam menghasilkan koleksi pakaian muslimah urban untuk wanita yang bekerjaya tetapi masih mengekalkan syariat Islam iaitu menutup aurat dan longgar.Keunikan Scarffeya pula ialah mereka berjaya menghasilkan rekaan yang eksklusif untuk wanita bekerjaya tetapi pada masa yang sama rekaan tersebut juga boleh digayakan ke majlis santai dan formal.

Rekaan Scarffeya sangat unik dan eksklusif memandangkan masih belum ada butik yang khas menjual koleksi pakaian untuk wanita bekerjaya-Puan Iefa Zakaria.

Di Scarffeya,anda boleh melihat variasi rekaan yang eksklusif dan menarik yang mana mampu menyerlahkan dan menaikkan seri si pemakai.Antara rekaan terbaru yang telah dihasilkan oleh Scarffeya ialah HANA PREMIUM kurung moden,dress moden LARA dan shawl LUNA.

Apa Yang Menarik Mengenai Scarffeya?

  • Design yang dihasilkan adalah 100% idea asal pemilik butik Scarffeya,Puan Iefa Zakaria.
  • Design yang simple dan eksklusif tetapi masih menonjolkan cirri-ciri moden dan stylo sesuai digayakan oleh wanita yang bekerjaya.
  • Kepakaran dalam menghasilkan dress moden,baju kurung moden dan shawl yang boleh digayakan dalam pelbagai gaya.
  • Kualiti jahitan dan fabric yang diakui bermutu oleh para pelanggan Scarffeya.
  • Design yang dihasilkan hanya dikeluarkan sekali sahaja bagi mengekalkan keeksklusifan koleksi Scarffeya.
  • Pemilihan warna yang sangat teliti dan menarik bagi memastikan tahap kepuasan pelanggan Scarffeya.
  • Ukuran design yang dihasilkan adalah custom-made dan dibuat berdasarkan kajian yang telah dibuat pada badan customer wanita melayu.
  • Harga yang dijual untuk satu rekaan juga sangat berpatutan dan mampu milik.

Scarffeya Perintis Pakaian Muslimah Moden Dan Bekerjaya

Rekaan Terbaru Dari Scarffeya

Hana Premium kurung moden merupakan rekaan terbaru yang dihasilkan oleh Scarffeya.Selain digayakan ke tempat kerja,HANA PREMIUM juga sesuai digayakan ke majlis santai dan formal.Variasi warna dan rekaan eksklusif HANA PREMIUM mampu memikat hati si pemakai dan menyerlahkan lagi kematangan si pemakai.

Dihasilkan menggunakan material Italian Satin,HANA PREMIUM juga diserikan lagi dengan kemasan mewah sequin hitam di bahagian lengan dan bawah baju.Potongan top yang menarik serta warna yang ‘mengancam’ disertakan skirt mermaid akan menyerlahkan ketinggian dan keanggunan si pemakai.

Lara Dress dari koleksi Scarffeya Work pula merupakan rekaan yang dihasilkan khusus untuk wanita bekerjaya.Rekaanya yang elegan,cantik dan terletak akan menyerlahkan keanggunan si pemakai.Lara Dress juga merupakan dress moden muslimah yang bercirikan ‘Nursing Friendly’ dimana terdapat zip yang tersorok di bahagian dada.

Dress moden ini menggunakan material berkualiti tinggi Valentina Italian Satin.Bahagian atas (top) dress ini menggunakan warna putih dan dipadankan dengan skirt berwarna pastel dan earth yang akan menyerlahkan cirri-ciri professional dan bergaya sebagai wanita bekerjaya.

 

Memang susah untuk mencari padanan warna shawl yang menarik bukan?Di Scarffeya,anda tidak perlu bersusah payah lagi memandangkan mereka  juga turut menghasilkan LUNA SHAWL yang dibuat menggunakan material Heavy Chiffon berkualiti tinggi.7 variasi warna yang menarik dan mengancam akan menjadikan padanan busana anda kelihatan lengkap dan sempurna.LUNA SHAWL juga boleh digayakan dengan pelbagai style yang menarik dan ringkas.Sesuai untuk mereka yang bekerjaya dan juga remaja di luar sana.

Letest Design By Scarffeya

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan rangkaian koleksi eksklusif dari Scarffeya,boelhlah berkunjung ke butik Scarffeya atau membuat pembelian secara atas talian (online) melalui maklumat berikut.

“Scarffeya hub pakaian muslimah moden bekerjaya”

Ikuti Scarffeya di Facebook: Scarffeya

Website:www.scarfeyya.com

Twitter / Instagram:@scarffeya

Hotline:012-349 15 76

Alamat Butik Scarffeya:

No G-35-01,Jalan Serai Wangi L/16L,Alam Avenue,

Section 16,4000 Shah Alam Selangor.

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here