Home MAKANAN Pekasam Daging Dan Pekasam Ikan Yang Sedap

Pekasam Daging Dan Pekasam Ikan Yang Sedap

10787
13
SHARE
Pekasam Daging Dan Pekasam Ikan Yang Sedap

Pekasam Daging Dan Pekasam Ikan Yang Sedap | Pertama kali dengar pekasam daging, Macam mana rasa die kan? Adoi dah mula terliur bila dengar masakan pekasam keluaran A&R. Dah lah perut tengah lapar lepas tu kita cerita pasal makanan pulak memang gunung berapi la jadinya dalam perut ni hehe.

Daging pekasam yang diperbuat dari A&R keluaran Myforbes Marketing SDN BHD dari hasil Suami Isteri di Alor Setar Kedah. Daging pekasam ini adalah keluaran Bumiputera dan dibuat oleh kilang kepunyaan Myforbes marketing Sdn Bhd Dinaungan oleh Encik Azli Uda dan isteri Rini Shariff Director Dan Shareholder. Kilang proses daging pekasam dan ikan pekasam Bertempat di Pusat pengedaran No 141 Tingkat Bawah, Kompleks kanchut, Alor Setar kedah.

Pekasam Daging Dan Pekasam Ikan Yang Sedap

Sejarah Pekasam Ikan dan Pekasam Daging

Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam.

Pekasam Daging Dan Pekasam Ikan Yang Sedap

Pekasam adalah makanan sampingan tradisional berasaskan ikan yang digemari masyarakat Melayu. Difahamkan,pekasam dihasilkan daripada lebihan ikan tangkapan sungai, tasik, sawah padi dan tali air. Membuat pekasam memakan masa lama kerana perlu melalui pelbagai proses iaitu ikan segar disiang, diperam garam, dibersihkan dan diperam dengan beras goreng. Ikan boleh diperam dengan garam sehingga setahun. Antara jenis Ikan yang sedap untuk dibuat pekasam biasanya ikan sawah seperti ikan Sepat, haruan, keli dan puyu. Ikan air tawar lain seperti ikan Terubul, lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan, ketutu, kepar, kalui, loma, toman, tilapia dan belida juga boleh digunakan. Ikan sepat merupakan pilihan utama. Ikan laut juga boleh dibuat pekasam.

Pekasam disebut dalam peribahasa Melayu,

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.”

Biasanya kebanyakkan orang ada yang tak suka ikan pekasam, Mungkin sebab baunya atau ikan darat. Tapi Sekarang dah ada pilihan kalau tak suka ikan pekasam kita boleh cuba daging pekasam sedap dari keluaran A&R. Lain orang lain citarasa macam tu juga kita ni kalau bab makan kene pandai pilih nanti boleh sakit perut salah makan hehe.

Pekasam Daging Dan Pekasam Ikan Yang Sedap

Kelebihan daging pekasam ini adalah resepi dari owner sendiri, siap keluar stesen tv lagi mestilah sedap sesuai kepada semua golongan. Syarikat A&R telah mempunyai kelulusan Sijil MESTI Dan Sijil Halal.

Pekasam Daging Dan Pekasam Ikan Yang Sedap

Cara Masak Pekasam Daging dan Pekasam ikan

Pelbagai resepi boleh menjadikan sedap daging pekasam, Kalau nak sedap lagi boleh tambah bawang goreng dan cili goreng gaul sekali dan limau nipis untuk menampah selera korang. Boleh refer dekat youtube channel “pekasamanr”

Pekasam Daging Dan Pekasam Ikan Yang Sedap

Harga untuk sepeket
-Pekasam Daging RM7.00 (100gram)
-Pekasam Ikan RM7.00 (250gram)
Harga borong lain.

Cara Untuk Order
-Hubungi 0194422976 atau 0134899769

FANPAGE PRODUK
http://www.facebook.com/pekasamanr
WEBSITE http://www.pekasamdagingikan.blogspot.com
TWITTER @pekasamanr
INSTAGRAM @pekasamanr

Alamat Kilang dibuat
Myforbes marketing Sdn Bhd,
No 141 Tingkat Bawah, Kompleks Kanchut,
Alor Setar, Kedah.

13 COMMENTS

  1. Macam sedap je pekasam daging. Sebelum ni pernah cuba pekasam ikan.
    Mula-mula rasa macam pelik cket sebab tak biasa makan hehe lama-lama rasa sedap lak ikan pekasam ni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here