Home BISNES Pegawai Tadbir Diplomatik Kerjaya Kerajaan

Pegawai Tadbir Diplomatik Kerjaya Kerajaan

829
1
SHARE
pegawai tadbir diplomatik 1

Pegawai Tadbir Diplomatik Kerjaya Kerajaan | Kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan kerjaya yang berada dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional di bawah kelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam.Dengan gaji permulaan minimun RM 2,2530,mereka yang menyandang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik ini akan menikmati gaji maksimun sehingga RM 8,7310 dengan kenaikan RM225.00 setiap tahun.

Syarat  Nak Mohon Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Ramai mereka di luar sana yang masih belum mengetahui apakah syarat untuk memohon atau syarat untuk lantikan bagi jawatan Peawai Tadbir Diplomatik M41 ini.Jadi saya kongsikan di bawah apakah syaratnya dan untuk makluman syarat ini dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya: [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya: [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya: [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
    hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • Memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Bagaimana Nak Mohon Pegawai Tadbir Diplomatik

Ramai yang masih mengeluh dan tertanya-tanya bagaimana nak memohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik ini.Untuk makluman anda,sebenarnya anda boleh memohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik ini melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

www.spa.gov.my

Saya akan kongsikan tugas-tugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik  pada artikel akan datang.Nantikan artikel seterusnya dari saya yang mana InsyaAllah bermanfaat kepada anda semua.

Selamat Membaca!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here