Petua Merawat Anak Demam |Masa saya kecil-kecil dulu teringat bila demam jer ibu akan beri minum air cap badak dan jeram kepaala dengan air asam jawa. Orang tua-tua cakap petua rawatan tu memang betul-betul mujarab.tapi zaman sekarang orang lebih memilih rawatan moden yang lebih ringkas dan cepat kesannya.Tetapi bagi saya,petua tradisional masih ada gunanya juga dan berkesan.
Dengan air tangan ibu yang meramas-ramas asam jawa tu dan disapukan pula dengan belaian kasih sayang,cepat jer suhu badan yang panas kerana demam nie turun.Kadang-kadang sengaja saya berlakon demam sebab nak bermanja ngan ibu atau mungkin juga sebab ketagih nak minum air cap badak.Hehe… Walaupun ibu tahu budak kecik nie bukannya betul-betul demam pun tapi dia masih lagi jeram kepala ngan air asam jawa tu.Ibu mana yang tak sayang anak. Bila ada anak-anak demam, seorang ibu pastinya tak senang duduk mencari jalan untuk sembuhkan demam atau sekurang-kurangnya menurunkan suhu badan si anak. Zaman sekarang nie lebih mudah sebab banyak klinik dan pusat rawatan dibuka 24 jam, sediakan duit jer.Tapi kalau ada ibubapa yang masih tercari-cari cara nak turunkan panas badan anak yang demam secara tradisional, di sini saya kongsikan beberapa petua.
Petua Merawat Anak Demam
Bayi dan anak-anak kecil yang demam akan merengek dan buat perangai sebab tak selesa dengan keadaan suhu badannya yang panas.
Untuk menurunkan suhu badannya ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan pada kepala dan ubun-ubun baby atau anak kecil berkenaan. Ulang beberapa kali sehingga demam anak anda kebah.
Petua Turunkan Suhu Badan Dengan Air Kelapa Muda
Kalau ada yang demam berpanjangan dan masih tidak mahu kebah biarpun dah beberapa kali makan ubat, boleh dicuba ikhtiar nie.
Untuk merawat demam yang tak kebah-kebah tu,cuba beri minum air kelapa muda dua kali sehari. InsyaAllah, badan panas tu akan mulai turun.
Petua Menurunkan Suhu Badan Anak Dengan Bawang
Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.
Selain cara di atas, menurut orang tua-tua dulu, bawang yang telah ditumbuk itu seeloknya dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa. Kemudian barulah dilumurkan ke badan si anak, terutama bahagian punggung dan dada.
Petua Meredakan Demam Dengan Air Asam Jawa
Jika anak anda ataupun anda sendiri diserang demam kuat dan sukar untuk mendapatkan rawatan dengan segera, bolehlah cuba meredakan demam tu dengan menjaram kepala dengan air asam jawa.Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Lepas tu sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa tu kering dengan sendiri.Lakukan berulang kali sehingga suhu panas badan terasa mulai reda.
Petua Redakan Demam Dengan Sirih Pinang
Sediakan beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan tu hingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Lepas tu sapukan pada kepala anak yang demam.Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda
Petua Turunkan Demam Dengan Ubi Kayu
Kalau ada bayi atau anak kecil yang demam, boleh juga dirawat dengan ubi kayu untuk menurunkan suhu badan yang panas
Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan tu ditempekkan ke dahi budak tu. Bila parut tu kering, gantikan dengan yang baru sehingga suhu panas tu menurun ke paras biasa
Petua Merawat Anak Demam Dengan Meal Shakes
Mungkin ramai yang belum mengetahui petua merawat anak demam dengan Meal Shakes kan?Jadi hari ni saya nak pecahkan ‘rahsia’ yang ramai belum tahu.Cara ini merupakan cara yang sangat mudah dan cepat untuk merawat demam anak-anak.Malah demam kaum ibu dan bapa pun boleh.

Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic.Cara penyediaannya juga sangat mudah dengan hanya membancuh dengan mana-mana minuman kegemaran anda.Kandungan protein soya yang tinggi ,19 Vitamin utama dan mineral tambahan berupaya meningkatkan imuniti dan metabolisma badan.Apa lagi kehebatan meal shakes ni ye?Boleh sambung baca di artikel ini->>KLIK<<<-
Memang berkesan ke Meal Shakes ni?
Ya.Hampir 90% (kajian rambang) ibu bapa menyatakan Shaklee Meal Shakes berupaya untuk mengekalkan imuniti badan yang tinggi bai mengelakkan badan anak-anak mereka daripada serangan penyakit.Boleh rujuk gambar di bawah untuk lebih meyakinkan.




Pendek kata,amalkan pemakanan Meal Shakes Shaklee ini kepada anak-anak anda,tidak kira semasa sakit ataupun tidak.InsyaAllah imuniti badan mereka akan kekal bertenaga dan semakin baik.Pilihan di tangan anda semua.Buat pilihan yang bijak.
Jadi macam mana nak dapatkan Shaklee Meal Shakes ni?Bagi yang berminat untuk dapatkan Shaklee Meal Shakes ni,boleh dapatkannya melalui:
Shaklee Independent Distributor [948395]
Yati Adam
Website: www.yatiadam.com
FB Fanpage : Vitamins No.1
SMS/Whatsapp:013-397 2486
Selamat Mencuba!
Petua yang sangat berguna. tahniah anda ada blog yang banyak info. Saya suka dengan cara penulisan anda.
terima kasih kak hehe 🙂
mealshakes petua moden tu..hihi..tapi seriously tak pernah dengar petua bawang dan ubi kayu tu.
nti bolehlah cuba fize ye 🙂
tips yang bagus ni..anak aku, aku bagi nutriferon dr shaklee je skng ni
wah bagus tu hehe 🙂
guna ubi tu baru ni aku dengar…info terbaik nih….
Perkongsian yang menarik. Banyak petua yang saya baru pertama kali tau hehehe antaranya dengan ubi kayu tu
Petua yang sangat berguna. Terima kasih kerana kongsi
Entri terbaru http://www.awesomevitaminsever.blogspot.com/2014/10/7-sebab-kenapa-saya-pilih-shaklee.html
Hanya petua rendam dengan air asam jawa je saya pernah buat. Yang lain baru dengar first time. Meal Shakes memang wajib bagi anak saya setiap hari untuk nutrisi lengkap. Mak budak pun suka Meal Shakes ni sebab rasa French Vanilla memang sedap!
yeah…mealshakes memang terbaek…tapi petua traditional pun boleh diamalkan jugak..
ohh.. xsangka ubi kayu pn boleh rawat demam ye..
nice info…
Petua dengan sirih pinang ni jarang dah orang guna sekarang