Home MAKANAN Tempat Makan Sedap Di The Curve

Tempat Makan Sedap Di The Curve

4894
17
SHARE
tempat makan sedap di the curve

Tempat Makan Sedap Di The Curve | Alhamdulilah terima kasih kepada The Apartment telah jemput TN untuk review Buffet Ramadhan pada tempoh hari bagi mempromosikan makanan yang sedap dan lazat di The Apartment.

tempat makan sedap di the curve

tempat makan sedap di the curve

Bertemakan ‘Sundown’,promosi buffet di The Apartment bermula pada 30 Jun sehingga 27 Julai 2014.Antara masakan Melayu yang popular yang diketengahkan oleh pihak restoran ialah Kerabu Ayam Pedas,Nasi Hujan Panas,Ayam Masak Merah dan Masak Lemak Nenas.Bagi Asian-Style pula,masakan popular seperti Ayam Pedas Maekjok,Tom Yum Goong,Aloo Gobi,Ayam Enasal dan Pecal Lele.Turut menyerikan lagi hidangan buffet kali ini ialah Pasta Cendawan dan Bayam,Pie White Fish,Clams Aglio Olio,Ayam Panggang Cream Piquant dan banyak lagi.

Pengunjung juga berpeluang melihat secara langsung chef-chef yang bertugas menyediakan juadah berbuka puasa dan berpeluang membawa peluang biskut yang disediakan dalam bentuk ketupat sebagai pemanis mulut.Hidangan buffet ini bermula seawal jam 6 petang sehingga jam 9 malam sepanjang bulan Ramadhan.Bermula harga RM 59.90 bagi cawangan The Curve dan RM 79.90 bagi cawangan KLCC.Manakala bagi kanak-kanak pula akan bermula pada harga RM 29.90 di kedua-dua cawangan.Diskaun 10% menanti pemegang kad ahli!

Konsep yang diketengahkan oleh The Apartment ‘Pulang Ke Rumah’ membolehkan para pelanggan menikmati juadah berbuka puasa di ruangan seperti ruang tamu,bilik tidur,bilik air dan perpustakaan.Sama seperti suasana di dalam sebuah apartment.

Untuk Maklumat Lanjut dan tempahan:

The Apartment Curve: 03-7727 8330
The Apartment KLCC; 03-2166 2257

P/S:Bagi cawangan KLCC,bermula 30 Jun-6 July kerja-kerja penyelanggaraan sedang dijalankan.

17 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here