Home HIBURAN Malam Anugerah MSMW2014

Malam Anugerah MSMW2014

1488
13
SHARE
Malam Anugerah MSMW2014

Assalamualaikum semua Alhamdulilah harini kita masih bernafas dibumi Allah. Syukur kerana saya dapat hadir lagi MSMW2014 pada tahun ini. Terima kasih pada DenaiHati kerana menjemput TN untuk bersama meriahkan lagi majlis tersebut yang berlansung selama dua hari pada 25 – 26/2/2014 di Sunway Convention Center.

Malam Anugerah MSMW2014

Dewan yang penuh sesak dan semua dahagakan ilmu media social yang sangat berguna pada tahun ini. Alhamdulilah TN dapat duduk bersama dengan blogger lain yang turut serta iaitu DENAIHATI,SHAKIDO dan MELASTIK BINTANG. Perkongsian dari speaker yang hebat dalam media social dan juga pengalaman mereka mengendalikan media social dalam sebuah syarikat kecil atau besar.

Betapa pentingnya media social pada tahun ini dan sebanyak 80% syarikat menggunakan media social yang kembangkan pasaran mereka ke tahap yang lebih tinggi seperti penjenamaan, penulisan blog dan sebagainya memang dapat membantu untuk menjadi sesuatu yang luar biasa.

Malam Anugerah MSMW2014

Dalam banyak-banyak part TN tertarik bahagian FLOGGING THE BLOG. Macam mana kita nak serasi dengan blog dan juga cara kita berinteraksi bersama pembaca. Speaker yang terdiri daripada Shane Dallas founder the travel camel australia, Sue Lynn Tiong founder bangsar babe malaysia, Malini Agarwal founder and blogger in chief miss malini publishing india dan yang terakhir sekali Kounila Keo blogger new media consultant juga river orchid notch cambodia susah betul nak sebut nama dorang ni huhu.

Media social bukan sahaja menyampaikan info kepada komuniti tetapi juga menyampaikan sesuatu berita yang sangat berguna kepada masyarakat luar. Dimana media social adalah medium yang paling cepat sampai kepada masyarakat blogger juga adalah pihak ketiga untuk memberi maklumat kepada orang luar bukan berita politik tetapi informasi yang amat berguna kepada semua.

Malam Anugerah MSMW2014

Alhamdulilah segala ilmu yang disampai dalam MSMW2014 ini adalah sangat berguna kepada semua dan boleh digunakan untuk meningkatkan lagi sebuah syarikat dan jenama. Itu sahaja cerita dari TN untuk korang semua ok..

Kat bawah ini adalah gambar semasa event berlangsung dan juga blogger yang menang anugerah tahniah diucapkan kepada semua. 🙂

Malam Anugerah MSMW2014

Senarai 10 Blog Terbaik Malaysia MSMW2014

Best Auto Blog – http://motoring-Malaysia.blogpost.com
Best Business Blog – http://Abangensem.com
Best Educational Blog – http://Cikguhailmi.com
Best Foodie Blog – http://sQuallcuisine.com
Best Gadget Blog – http://WinnieKepala.com
Best Lifestyle Blog – http://akupenghibur.com
Best Music and Entertainment Blog – http://munsyeed.com
Best Sports Blog – http://boladaily.com
Best Photography Blog – http://wazariwazir.com
Best Travel Blog – http://timetravelafif.blogspot.com

Kredit Gambar by Denaihati

13 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here