Assalamualaikum semua, dah seminggu kenangan Sepetang Bersama Blogger masih terasa dihati kecil. Alhamdulilah kehadiran TN berada disana dapat secebis ilmu yang bernilai dan berharga untuk TN yg masih berjinak-jinak dalam dunia blogger ini.
Alhamdulilah hubungan antara blogger semua makin kuat dan sentiasa terpahat dihati ini. Ribuan terima kasih kepada team denaihati kerana telah menganjurkan event yang besar ini dan himpunan blogger mega meriah sekali. Tak lupa juga kepada lazada yeos dan juga sponser yang turut serta dalam sepetang bersama blogger.
Dalam kemeriahan sepetang bersama blogger TN ada belek-belek goodies yang Denaihati sediakan setiap blogger yang hadir dalam itu juga ada senaskah buku denaihati air botol yeos dan juga kelender denaihati. Ada 1001 cerita dalam buku denaihati ini sebenarnya TN ingatkan buku nota untuk catatan atau tulisan. Tetapi ai adalah cerita disebalik “Hidup Untuk Memberi” kisah yang sangat menarik hati TN bila satu demi satu helaian buka selak dan cerita kisah motivasi dan kata semangat untuk blogger dan juga perkongsian ahli perniagaan yang berjaya dalam hidup jatuh bangun.
Sedikit huraian Buku Denaihati yang dapat TN gambarkan dan cerita didalamnya
- Kata-kata aluan dari orang kuat denaihati
- Kata-kata aluan yeos ketua pegawai operasi
- Cerita pemenang contest yeos
Di mukasurat 15 adalah cerita “Hidup Untuk Memberi” tajuk yang sangat terkesan dalam kehidupan seharian kita bila memberi sesuatu Allah akan balas kita dengan hadiah yang tak disangka. Jom kita tengok sedikit kisah yang dapat TN inbaskan Dalam Buku Denaihati Ini.
Cerita Disebalik Kunci Kejayaan
- Sedekah kunci kejayaan dan keselamatan
- Hidup untuk memberi
- Kerjaya keluarga harta dan politik memejara manusia
- Peluang membantu umat islam cambodia
- Rezeki yang tidak disangka-sangka
- Kenangan bersama bro jejai
Isi Yang Padat Dengan Ilmu
Part mukasurat 33 adalah ilmu blogging yang sangat bermakna dan boleh menjadi satu ilham untuk TN terus maju kehadapan.Isi yang cukup padat untuk rujukan blogger luar sana dan sedikit sudut teknikal yang diberitahu dalam buku tersebut.Kisah keluarga dalam dunia blogger dan juga anugerah serta pencapaian yang denaihati telah dapat.
Tiada Isi Kandungan
Dalam buku denaihati ini bila TN belek2 mana pergi mukasurat isi kandungan hilang atau koyak rupanya tiada mukasurat yang bertajuk isi kandungan ni membuatkan TN tercari sampai seronok baca part ilmu blogging tu hehe.Ada sedikit kesilapan ejaan bila dibaca dengan teliti.
Kulit Buku Yang Menarik
Bila di tengok buku tersebut macam buku nota pula tapi sebalik buku tersebut adalah kisah seorang dunia blogger yang dah lama dan juga ilmu blogger yang banyak dapat dikongsikan oleh semua blogger pinggiran macam TN ni.Insyallah buku ini dapat memberi rujukan kepada semua blogger.
Akhir kata dari TN yang masih baru dalam dunia blogger ni untuk buku denaihati nanti bolehlah tambah isi kandungan dan tajuk yang boleh semua orang faham dan mohon maaf atas kesilapan semua.
TERIMA KASIH DENAIHATI
Banyak maklumat yang rakamkan didalam buku edisi khas Denaihati.
yup betul ilmu yang tak terkalah 🙂
memang bagus buku denaihati ni =)
bagus untuk semua blogger
Memang cover buku nampak macam buku nota, rupanya terkandung 1001 ilmu… untung sapa yg ke SBB
hehe tau xpe 🙂
Hari tu saya ada terbaca ulasan buku denaihati ni oleh saudara HH… terasa sangat menarik buku ni… sekarang terbaca ulasan saudara pula… teringin sangat nak memiliki buku ni… 😀
wah terkesan buku DH ni kepada blogger hehe..nti try tnya DH buku ni jual atau tak…klu jual belilah satu utk rujukan
Wahh bestlah review buku ni heheheh ada peluang good luck and buku Denaihati memang byk guna untuk blogger mcm Mahamahu nak jadi mcm Terbaek Network ni..
eh kita sama la baru lg dlm dunia blogger ni
Isinya mmg terbaik! itu yg paling penting.
nice review bro FL!
hehe ni pun korek idea kt dlm buku tu semperna sbb masa tu 🙂
Hehe…memang best kan?pulak dah..kenapa tak ada muka surat tu..biasanya buku kan ada…nak pinjam leh??hahahaha
nti denaihati open jualan blh la beli 🙂
sangat memberi inspirasi buku ni.terbaik dari DH 🙂
betul tu fiza 🙂
Kat mana nak download atau beli buku Denaihati ni?
buku DH ni dorg jual kak…nti blh tgh kat blog denaihati.com
wow…denaihati pun buat buku jugak…dulu memang follow blog tu hari2 tapi sejak kebelakangan ni jarang masuk sne… 🙁
blog tu dh top skrg..ranking die bwah 500 alexa dh 🙂
akak tak abih baca lagi buku ni..tapi buku ni mmg terbaeekk..byk sgt elmu didalamnya..
kita pun blm abis lg kak hehe
aishh..nak gak satu buku tu wehh..
belanja cendol bakar nti aku bagi hehe