Home BISNES Rose2Rose Walk For Humanity

Rose2Rose Walk For Humanity

1820
18
SHARE
Rose2Rose Walk For Humanity

Sekali lagi TN dijemput untuk menyebarkan event amal yang akan berlangsung tak lama lagi di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Badan NGO AQSA SYARIF BERHAD melalui sekretariat Rose2Rose (R2R), Sehubungan itu event amal ni dapat menarik lebih ramai lagi Walkathon ini kami menganggarkan penglibatan seramai 2,000 orang daripada semua latar belakang.

Bagi menjayakan Rose2Rose Walk For Humanity program amal kemanusiaan ini, kami memerlukan sokongan kepada semua media dan blogger supaya turut serta untuk meriahkan lagi event tersebut. Program amal ni adalah Sekretariat Rose2Rose di bawah Aqsa Syarif Berhad dengan itu beliau memerlukan kutipan derma untuk disalurkan kepada setiap negara iaitu Palestin, Syria dan Rohingya.

Program amal ini juga telah dijayakan dengan Projek dari wanita Malaysia untuk wanita dan kanak-kanak di 3 buah negara tersebut telah dilancarkan pada Oktober 2013 yang lalu. Pelbagai program juga telah dilaksanakan iaitu Makan Malam Amal Rose2Rose pada 7 Disember 2013 dengan kutipan RM600,000, bazar jualan amal di MydinUSJ dan juga flashmob di sekitar Kuala Lumpur.

Bagi mencapai sasaran beberapa program juga telah dilaksanakan iaitu Rose2Rose Walk For Humanity untuk usaha kutipan dana tersebut. Jika korang berminat ingin menyertai program amal Rose2Rose Walk For Humanity bolehlah booking tarikh ditetapkan 🙂

Rose2Rose Walk For Humanity

TARIKH
16 Mac 2014, Ahad

LOKASI
Padang Merbok, Jalan Parlimen, KL

ANGGARAN PENYERTAAN
2000 orang dari semua kategori meliputi semua lapisan masyarakat dan bangsa.

DUTA KESIHATAN & KECERGASAN
Kevin Zahri

TEMA WALKATHON
“Walk for Humanity”

OFFICIAL FB PAGE: https://www.facebook.com/myrose2rose
EVENT FB: https://www.facebook.com/events/1418416978403669/
WEBSITE: http://aqsasyarif.org.my/
INSTAGRAM: @rose2roseofficial
HASHTAG: #walk4humanity
BORANG PENDAFTARAN: http://bit.ly/r2rwfh-form

Bayaran atau sumbangan boleh dibuat kepada:
AQSA SYARIF BERHAD
Maybank : 5515 7500 4299
CIMB : 1216 0000 452101

Kami berharap program kutipan dana melalui konsep walkathon ini dapat menembusi lapisan masyarakat yang baru bagi meningkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan di Palestin, Syria dan Rohingya. Supaya kita dapat membantu saudara islam kita disana.

18 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here