Home BISNES Kehebatan Pokok Pegaga

Kehebatan Pokok Pegaga

2239
20
SHARE
Kehebatan Pokok Pegaga

Bercerita pasal ulam dan sayur-sayuran mesti ada yang kurang minat dengan daun-daun dan ulam-ulaman dalam makanan, tapi bila di fikirkan balik ulam sangat berguna dalam badan kita untuk kesihatan dan vitamin serta zat yang bagus untuk kulit dan sistem dalam badan.

Ulam-ulaman adalah satu khasiat yang sangat bagus kepada badan kita dan sumber semulajadi serta banyak kelebihan yang kita tak tahu, kadang-kadang bila orang tanya ulam ni untuk apa?? bila kita jawab untuk sedapkan lauk dalam makanan hehe. Tapi ada 1001 rahsia yang kita tak tahu ulaman sangat berkhasiat.

Kehebatan Pokok Pegaga

Pokok Pegaga

Pegaga atau juga dikenali sebagai antanan (bahasa Inggeris atau pennywort / gotu kola), dengan daun hijau bentuk ginjal juga dirujuk sebagai ‘Indian pennywort’ kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling.Tak semua negara yang ada pokok pegaga ni kalau korang nak tahu, Ia adalah asli di Malaysia, Sri Lanka, India, utara Australia, Indonesia, Iran, Melanesia, New Guinea dan beberapa bahagian Asia lagi. Nama saintifiknya adalah Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica.

Pokok pegaga ni ada bermacam jenis nama yang kita tak tahu, jangan ingat pokok pegaga ni ada satu nama sahaja ye, dulu bila mak kita suruh beli daun pegaga mesti mak kita cakap macam ni “adik tolong mak beli daun pegaga kat kedai” tapi kita mesti tertanya2 apa benda daun tu hehe. Masa kecik dulu kan kita tak tahu apa2 lagi,meh sini TN nak bagitau nama pokok pegaga ni.

Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:

  • Pokok Pegaga Cina atau Pokok Pegaga Nyonya yang biasanya berdaun kecil,
  • Pokok Pegaga Daun Lebar,
  • Pegaga Embun – Hydrocotyle sibthorpiodes
  • Pokok Pegaga Kelantan,
  • Pokok Pegaga Renek
  • Pokok Pegaga Salad
  • Pokok Pegaga Gajah
  • Pokok Pegaga Brunei

Khasiat Pokok Pegaga

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga adalah:

  • penawar alahan
  • merawat asthma dan sesak nafas
  • merawat jangkitan paru-paru
  • merawat kegusaran dan kegigilan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit dan gastrik
  • menurunkan tekanan darah

Pokok Pegaga juga telah digunakan sejak nenek moyang kita lagi khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan cina Dan masih digunakan sampai sekarang pokok pegaga ini.

Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda.

P/s : bila makan dengan nasi pokok pegaga jangan lupa ye sedap tau lagi2 dengan budu hehe..teringat masa makan dekat kelantan kedai makan cikgu event honda 🙂

20 COMMENTS

  1. Pokok pegaga memang berkhasiat dan sangat sesuai untuk dijadikan ulam… Isteri saya mengamalkan pemakanan pokok pegaga selepas melahirkan anak…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here