Home HIBURAN Beramal Bersama Projek Iqra’

Beramal Bersama Projek Iqra’

676
6
SHARE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca dan rakan sekalian, Harini TN nak kongsikan Beramal Bersama Projek Iqra’ yang telah berjalan pada baru-baru ni iaitu Video Animasi Pertama Projek Iqra’. Disini TN nak terangkan lebih lanjut berkenaan Projek Iqra kepada semua yang masih kurang faham dan tak berapa tahu.

Projek Iqra’ ini diasaskan oleh 3 orang sahabat yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998 hingga2001 iaitu Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad yang telah bergiat aktif didalam pelbagai projek amal dan kesukarelaan semenjak tahun 2010. Dahulunya dikenali sebagai Program Pendidikan Rakyat,Kali ini Projek IQRA’ berkolaborasi dgn rakan rakan dari TFTN (Teach For The Needs), korang boleh lawati laman web projek iqra’ untuk maklumat lanjut dibawah.

Beramal Bersama Projek Iqra'
Team Projek Iqra

Jom berganding bahu membantu meringgankan beban anak-anak ini untuk mencapai cita-cita dan kejayaan,semoga apa yang kita lakukan ini diberkati Allah dan janganlah kita memandang sahaja Berilah sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Anak anak ini perlu dibantu dan diberi perhatian kerana mereka juga ada potensi yang besar utk maju pada masa depan.
100 orang Pelajar yang terlibat untuk program kelas rakyat 2014 adalah dari rumah Rumah kebajikan berikut:-

1) Baitul Ehsan Alkhairi ( Asrama Lelaki ) , Sri Gombak, Selangor
2) Baitul Ehsan Al-khairi ( Asrama Perempuan), Maluri, kl
4) Pertubuhan Kebajikan dan bimbingan Attaqwa, Putra Perdana, Puchong, Selangor

Untuk tujuan itu,
Kempen utk menaja kos operasi , pengurusan dan bahan pengajaran Kelas Rakyat 2014

============================================

Kempen untuk TAJA kelas rakyat ini dilakukan setiap bulan bermula dari bulan Februari hingga bulan Julai
Kos yang diperlukan selama 6 bulan adalah : RM 34,710
Pecahan kos adalah seperti berikut :-

1. 34 % : kos program & sukarelawan
2. 43 % : kos lembaran kerja & bahan latihan pembelajaran
3. 23 % : kos operasi/pentadbiran/promosi

Pecahan tajaan :-

• RM 34,710.00 /100 pelajar = RM 347.10

• RM 347.10 / 6 bulan = RM 57.85 setiap bulan utk setiap pelajar

Pecahan kos setiap bulan utk 100 orang pelajar adalah seperti berikut :

1. Feb : RM 5,875 ( sudah penuh ditaja)
2. Mac : RM 5,875 (masih belum penuh)
3. April : RM 5,875 (masih belum penuh)
4. May : RM 5,875 (masih belum penuh)
5. Jun : RM 5,875 (masih belum penuh)
6. Julai : RM 5,875 (masih belum penuh)

setelah cukup dana tajaan dikumpulkan sehingga bulan Julai 2014 , lembaran kerja yang boleh digunakan oleh pelajar pelajar akan dicetak dan diedarkan kepada mereka utk digunakan dalam kelas rakyat.

===========================================

100 pelajar utk ditaja untuk setiap bulan, dibuka
Taja 1 pelajar : RM 57.85
Salurkan tajaan anda ke :-

Akaun : Maybank
No. Akaun : 5648 1050 4003
Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA’ SeMalaysia
Email : [email protected]

Contact ;
1) solleh : 017 670 2033
2) sharifah : 017 274 8904
3) suhaimi : 019 217 5597

Beramal Bersama Projek Iqra'

 

Web: www.projekiqra.com
FB: www.facebook.com/projekiqra
Twitter: http://twitter.com/projekiqra
YouTube: www.youtube.com/projekiqra
Instagram: www.instagram.com/projekiqra

Bersedekah sebelum terngadah
Surah Al Baqarah Ayat 254

Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here