Home TRAVEL Cabaran 2014 Terbaek Network

Cabaran 2014 Terbaek Network

1844
21
SHARE
Cabaran 2014 Terbaek Network

Cabaran 2014 Terbaek Network – Tahun yang penuh cabaran pada 2014 ni haha admin nak cabar diri sendiri untuk mencipta hasil income yang luar biasa dan lebih dari tahun 2013, nak tahu sebab apa? semua barang dah naik la huhuhu.

Bila difikirkan balik pada tahun lepas banyak terbaek network terlibat dalam aktiviti blogger event food review dan sebagainya tapi alhamdulilah dari situ terbaek network belajar something yang tak pernah admin terfikir nak serius dalam blog ni.

Alhamdulilah Tuhan tunjukan jalan dan banyak kenangan manis dalam dunia blogger ni selama setahun serius penulisan dunia maya ni. Best sangat dapat kenal semua blogger yang lama dan yang baru,dulu masa 2012 tak pernah terfikir pun nak buat blog ni bila sembang lepak dengan geng blogger ni baru kita tahu macam mana dorang buat blog dan menjana pendapatan dari sini.

Syukur Alhamdulilah sangat sebab dengan blog admin belajar marketing online dengan lebih mantap lagi dan perbaiki penulisan dan juga selok belok perniagaan blogging ni. Tak susah pun kita nak cari duit tapi disebabkan penyakit malas tu yang kita susah nak cari duit kan?

Admin bukan apa kesian orang yang kat luar sana bekerja keras pagi petang keluar cari duit untuk anak-anak isteri tercinta suka tengok semangat seorang ayah bersusah payah mencari rezeki untuk sesuap nasi kat keluarga.

Pada yang bekerja tu teruskanlah usaha dan tingkatkanlah pendapatan seharian ye dulu masa 2013 sehari dapat rm50 untuk tahun ni sehari tambahlah sikit rm60 pulak kan selebihnya boleh buat simpanan untuk kecemasan ke apa2lah ye.

Pencapaian Terbaek Network 2013

  • Menjana pendapatan daripada facebook fanpage
  • Seminar viral fanpage
  • Personal Choching Online
  • Ceburi Bidang Blogger
  • First Time Review handphone
  • Masuk Surat Khabar Utusan Malaysia 19/10/2013
  • Travel Kelantan/Melaka/Terengganu/Johor/Perak/Seremban
  • Bekerjasama Blooggers Dot Com

Ha best kan bila kita capai sesuatu yang luar jangkaan kita..pada admin syukur sangat Allah sentiasa bersama orang yang kuat berusaha.

Untuk tahun 2014 Cabaran Terbaek Network

  • Menjana Pendapatan daripada Blog
  • Seminar Blooggers Dot Com
  • Nak Kawen (date belum tahu lagi)
  • Lebih Banyak Travel
  • Memberi Lebih Banyak Peluang Kepada Blogger
  • Tingkatkan Blog Terbaek Network
  • Contest Blog Terbaek Network
  • Ebook Bloggger (dalam Proses)

Nak cerita panjang-panjang nanti korang malas nak baca kan, Nanti korang ingat admin ni ter over pulak cukuplah yang wajib ni 😛

Untuk korang kat luar sana kalau nak bertanya apa2 berkenaan blog komen ye..jangan tanya pasal benda lain sudah malas admin nak jawab xde faedah pun kalau belanja admin cendol durian kat jendela bali seksyen 7 tu oklah hahaha

P/s : Doakan admin capai cabaran 2014 ni ye…admin nak kawen 🙂

21 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here