Home HIBURAN Program Amal Geng Tudung Labuh

Program Amal Geng Tudung Labuh

1771
8
SHARE
Program Amal Geng Tudung Labuh

Program Amal Geng Tudung Labuh Assalamualaikum,selamat sejahtera semua,Alhamdulilah admin nak kongsi sedikit berkenaan event amal yang dianjurkan oleh Geng Tudung labuh.

Geng Tudung Labuh akan mengadakan program amal “Labuh Itu Sempurna” pada bulan 12 ini *tarikh akhir masih dalam perbincangan*. Program ini sebagai tanda sokongan buat ukhti dayana dan izzah yang mengadakan program sebegini di Kota Kinabalu,Sabah.

Kami akan memberikan tudung labuh secara percuma kepada sesiapa sahaja yang di rasakan layak. Kami akan bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat untuk pengagihan tersebut.Kami juga akan menyelitkan risalah yang berkaitan dengan aurat.

***

Program Amal Geng Tudung Labuh

Objektif Geng Tudung Labuh

Kami ialah untuk memberi kesedaran kepada muslimat untuk bertudung labuh.Seterusnya berhijrah ke arah penutupan aurat yang sempurna,dengan izinNya.

Oleh yang demikian, kami memerlukan sumbangan anda dari segi kewangan dan tudung labuh sama ada yang pernah digunakan atau tidak.

Sumbangan kewangan diperlukan untuk membeli goodies bag,membungkus tudung labuh,dan print risalah.

Sumbangan tudung labuh akan diagihkan kepada yang layak di tempat awam.Kami memerlukan semaksima mungkin tudung labuh agar program ini boleh dilaksanakan di merata negeri.

***

Sumbangan tudung labuh boleh dihantar kepada :

Marziah binti Mahaiyuddin,
A1.L4.18,
Pejabat Kolej Kediaman,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),
Kampus UniCITI Alam,
Sg.Chuchuh,
02100 Padang Besar,
Perlis Indera Kayangan.

Sumbangan kewangan boleh diberi pada akaun CIMB :

0808-0000908-20-7
Marziah binti Mahaiyuddin

***

Surah An-Nur ayat 31.
Moga Allah redha.
:’)

Program Amal Geng Tudung Labuh

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here