Home BISNES Motivasi Pagi Jadi Yang Lebih Baik

Motivasi Pagi Jadi Yang Lebih Baik

2207
3
SHARE

Motivasi Pagi Jadi Yang Lebih Baik – Allah tidak akan mengubah diri kita dan kita yang berubah untuk diri kita..Berusahalah Dan Allah Akan Ubah Hidup kita menjadi yang lebih baik..

Apa Yang Perlu Berubah ;-

1. Sistem Kepercayaan

kita penuhkan dengan menyakini Allah S.A.W..Allah yang maha berkuasa dan Allah yang menjadikan kita, Allah Juga yang menentukan sesuatu.

Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud :

“Siapa yang akhir ucapannya : LA ILA HA ILLALLAH (Tiada Tuhan yang berhak Disembah melainkan Allah), dia akan dapat masuk syurga”

(Riwayat Abu Daud)

Hari ini kadang kala tidak kuat keyakinan kita,sistem kepercayaan kita kepada Allah rungsing dengan rezeki..kerana hati kita tidak kuat kepercayaan dengan LA ILA HA ILLALLAH (Tiada Tuhan yang berhak Disembah melainkan Allah)

2. Cara Kita Memandang Dunia

“…Dan (ingatlah bahawa) kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya”

(Surah Ali’-imran, Ayat 185)

Hari ini kalau kita pergi restoran dorang potong sayur masak nampak macam sedap dengan hidangan yang cantik tapi bila rasa masin kurang gula tawar mungkin.

“Padahal Kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal…”

(Surah Al’- ‘A’la, Ayat 17)

3. Cara Kita Memandang Hidup

“(Iaitu) orang-orang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah juga kami kembali.”

(Surah Al’baqarah, Ayat 156)

Kalau kita betul cara hidup akhirnya kita memahami segala hidup yang perlu kita utamakan dengan keredhaan Allah itulah yang penting dalam hidup kita.

4. Cara Kita Rendah Diri

“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (lengkap dan sesuai dengan keadaan)

(Surah At-tin, Ayat 4)

Allah mencipta manusia sehebat hebat kejadian boleh menulis pandai buat bangunan cipta kapal terbang dan sebagainya, oleh itu kita jangan rasa rendah diri keduniaan.

“kemudian kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat dari tempat orang-orang rendah,”

(Surah At-tin, Ayat 5)

Bila kita hebat jangan sombong kita boleh jadi sehina-hina kejadian…

5. Cara Kita Memandang Manusia

Ramai manusia berselisih faham bertengkak salah faham kerana mereka tak betul cara memandang..Dan bila kita betul cara memandang manusia satu sifat akan wujud saling sayang menyayang,selalu memaafkan.

Dari Anas bin Malik r.a,

Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud :

“Tidak Beriman seseorang kamu hingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya”

(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Bila kita dah faham maksud diatas bahawa kita dah benar-benar fahami rukun islam kita dan kita telah m’hayati agama kita…Motivasi Pagi Jadi Yang Lebih Baik

Jom Kita Sama-sama doa..

Abang Mrjocko jangan lupa 5 perkara ni ye dan juga abang jamian…tak lupa juga pada cik farisya ingatan untuk kita bersama.

“Ya Allah Ya Tuhan Kami Ampunkan Segala Dosa kami. Berikan kekuatan keimanan kepada kami, Bimbinglah kehidupan kami permudahkan segala urusan kami. Dan bantulah hidup kami di dunia dan di akhirat Ya Allah. Engkaulah yang maha mendengar dan maha penerima doa”

Motivasi Pagi Jadi Yang Lebih Baik

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here