Home BISNES Laman Social Semakin Bahaya

Laman Social Semakin Bahaya

774
0
SHARE

Laman Social Semakin Bahaya – Sebanyak 29 kes membabitkan penghinaan terhadap Islam dan institusi raja menerusi laman sosial disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), setakat Jun lepas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata seorang individu telah disabitkan kesalahan kerana menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi Facebook dan didenda RM20,000 di Mahkamah Seksyen.

“SKMM menerima sebanyak 36 aduan berhubung penghinaan terhadap Islam. Penggunaan Facebook, Twitter dan blog tidak boleh dikawal sepenuhnya,” katanya menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Bakar di persidangan Dewan Negara pada Selasa.

Abdul Rahman bertanya mengenai bilangan kes menghina Islam dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan tindakan yang telah dikenakan terhadap pihak berkenaan selain usaha kementerian untuk memastikan bentuk penghinaan seperti itu tidak berulang.

Ahmad Shabery berkata SKMM melancarkan kempen ‘Klik dengan Bijak’ untuk menggalakkan orang ramai membuat pengawal seliaan kendiri supaya mereka menggunakan laman sosial dengan berkesan.

“Kempen ini untuk didik orang ramai supaya membezakan apa yang baik dan tidak baik dalam laman sosial dan yang mana boleh dipercayai dan tidak boleh dipercayai,” katanya.

Laman Social Semakin Bahaya

Menjawab soalan tambahan Abdul Rahman sama ada kementerian bercadang mengenakan pendaftaran dan wang cagaran kepada setiap pengguna laman sosial untuk melayari Internet, Ahmad Shabery berkata kementerian tidak bercadang melaksanakannya.

Pada masa ini, katanya Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Hasutan dan Akta Fitnah sudah memadai untuk mengawal dan mengekang aktiviti pengguna laman sosial termasuk 15 juta akaun Facebook.

Admin dapat berita ni pun dari media semasa huhu risau juga laman social dah semakin bahaya ni huhu..sape nak update tu jaga-jaga la ye…ramai orang yang perhatikan kita cuma kita sahaja tak nampak.

Admin adalah pengguna media social yang rajin hehe…dan juga ini adalah sebahagian kerja admin taw..banyak yang admin belajar dari media social ni hehe..kat luar sane bukan ada ilmu media social ni..huhu kadang2 nak belajar tu kos die rm500 keatas tu pun mungkin basic aje huhu…

kalau korang nak belajar menjana pendapatan daripada blog atau media social rajin-rajinlah email kami tau komen ye…insyallah kami akan bantu apa yang boleh.. 😛

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here