Home Uncategorized Kes Kemalangan Tertinggi 2013

Kes Kemalangan Tertinggi 2013

951
4
SHARE
Kes Kemalangan Tertinggi 2013

Kes Kemalangan Tertinggi 2013 – Ini adalah berita kes kemalangan paling tinggi pada tahun 2013 yang banyak tercatat di media-media dah isu semasa dan dari sumber yang berkaitan. Tahun 2013 mencatatkan kes kemalangan yang tertinggi berbanding tahun lalu iaitu hampir 60 kes kematian.Soroton kali ini mengenai kes kemalangan maut sepanjang tahun 2013 di Baling.

23 Januari 2013
Dirempuh pemandu mengantuk Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah kereta dalam kemalangan di kilometer 49 Jalan Kulim-Baling. Mangsa, Kaharudin Muhammed,39 dari Taman Kenari, Kulim meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan gambar-

11 Febuari 2013
Tercampak dalam parit – Mangsa,Sudin Mehat, 60 dari Kampung Kubang Besar, Mukin Tualang, Pokok Sena terhumban ke dalam parit selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah kereta di kilometer 31.5 jalan Sungai Petani Baling. Mangsa maut di tempat kejadian.

27 Febuari 2013
Seorang mekanik maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas kilang di kilometer 31.8 di Jalan Sungai Petani-Baling pada jam kira-kira 9 malam berdekatan Kampung Binjul Luar di sini semalam.

M.Navendran,29 dari Kampung Ladang Kupang maut setelah kenderaannya bertembung dengan sebuah bas di kilometer 31.8 Jalan Sungai Petani- Baling berdekatan Kampung Binjul Luar. Mangsa dalam keadaan tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba. gambar

8 Mac 2013
Remaja maut dirempuh kereta Mohamad Wan Muzamir Abdullah,18 dari Kampung Keda, Kledang maut serta merta setelah motosikal ditungangganya dirempuh sebuah kereta di persimpangan Ketemba. Akibat rempuhan, mangsa tercampak lebih dari 10 meter dari tempat kejadian.

14 Mei 2013
Dua maut motosikal bertembung Mohd Hafiz Amirulzaman Zainol Abidin ,28, dari Taman Sheikh Fadzir, Tawar dan V.Punithan,26 dari taman yang sama maut setelah motosikal ditunggang mereka bertembung sesama sendiri di kilomoter 32.9 Jalan Sungai Petani berdekatan Kampung Binjul Luar. Kedua mangsa maut ditempat kejadian. gambar.

23 Jun 2013
Remaja maut rempuh kereta,Mangsa, Muhamad Amirul Muhamad,16, dari Kampung Caruk Rambai, Baling maut setelah motosikanya yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta jenis perodua kancil di kilometer 62.6 Jalan Kulim- Grik. Kejadian berlaku setelah sebuah kereta jenis perodua kancil masuk persimpangan secara tiba-tiba. Mangsa gagal mengelak dan maut di tempat kejadian.

19 Julai 2013
pelajar Kuin maut kemalangan Mangsa, Norsyafinas Muhamad,21 dari Kampung Bukit Tinggi, Kupang maut setelah motosikalnya merempuh sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda di persimpangan tiga landak. Mangsa yang juga pelajar Kolej Universiti Insaniah(Kuin) maut ditempat kejadian setelah merempuh sebuah yang keluar secara tiba-tiba.

24 Julai 2013
Maut remput pili bomba Mangsa, Mohammad Farid Hazwan Hamdan,17, dari Taman Abadi maut setelah motosikal yang ditunggangnya merempuh pili bomba di hadapan Giat Mara Baling. Mangsa maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

9 Ogos 2013
kanak-kanak maut dirempuh kereta Seorang kanak-kanak,Nur Nabihah Zainal,10, maut dalam kejadian kemalangan di Jalan Baru Baling-Grik. Mangsa dirempuh oleh sebuah kereta ketika sedang ingin melintas jalan berdekatan di Kampung Padang Dan, Kupang. Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

31 ogos 2013
Kepala hancur motosikal terbabas Mangsa, Mohamad Hafiz Abdul Wahab,16, dari Kampung Charok Bemban, Mukim Pulai,maut setelah digilis oleh sebuah motosikal lain dalam kejadian kemalangan di Jalan Baru Kampung Padang, Kuala Pegang. Mangsa dikatakan bersama rakan-rakannya sebelum motosikalnya terbabas lalu digilis oleh rakannya sendiri. Mangsa maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala

30 september 2013
Pelajar UniKL maut kemalangan Seorang pelajar Universiti Kuala Lumpur(UniKL) cawangan Kulim maut setelah motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain di persimpangan lampu isyarat Kuala Bakong, Kuala Keti,Mangsa, Mohd Firdaus Abdul Rahim,22 dari Kampung Bukit Iboi maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

7 Disember 2013
Maut rempuh anjing Seorang wanita maut dalam kejadian kemalangan setelah motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor anjing di kilometer 22.6 Jalan Sungai Petani- Baling,Mangsa, Almelo Peruma,54, dari Ladang Batu 9, Kuala Ketil maut di tempat kejadian berikutan kecederaan parah di bahagian kepala.

18 Disember 2013
Dua pesara guru maut Sepasang suami isteri yang juga pesara guru maut dalam kejadian kemalangan di Jalan Malau- Kuala Ketil berdekatan Kampung Kuala Bakong . Mangsa, Mohd Yusof Md Lazim,61 dan isterinya, Hamidah Dolah,58, dari Taman Batu Pekaka, Kuala Ketil maut selepas motosikal mereka merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Disember 2013 pula sebelah pantai timur berlaku bencana alam banjir yang hujan tak berhenti dan semua rumah di sebelah kuantan,kemaman dan juga kelantan banjir,semua mangsa banjir ditempatkan sekolah dan juga dewan seberguna untuk melindungi keluarga dan rakyat setempat.

*maaf admin tak dapat nak tunjuk gambar nanti korang tak best baca kan….huhu 🙁

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here