Home BISNES Hilangkan Sakit Kepala

Hilangkan Sakit Kepala

1967
10
SHARE
Hilangkan Sakit Kepala

Hilangkan Sakit Kepala – Alhamdulilah admin nak bercerita tentang petua hilangkan sakit kepala dan cara mengatasi yang mudah dan senang dilakukan untuk semua 🙂

Sakit kepala adalah satu penyakit yang boleh mengganggu kerja seharian kita bila sakit itu datang dan kepala kita rasa sakit tertekan dan hilang mod..kadang kadang sesetengah orang akan rasa lain,maklumlah setiap sakit orang rasa lain lain dan tak sama sakinya.

Biasanya sakit kepala ni datang tak tentu masa kadang kadang bila kita tengah buat keje,lepas bangun tidor,kuat bekerja atau bila tak cukup rehat. Dalam seharian kita perlu 8 gelas air dalam badan kalau yang aktif bekerja tu air minum kene lebihlah ye… Otak perlukan mineral dalam pernafasan dan badan juga perlukan untuk tenaga seharian.

Hilangkan Sakit Kepala

Admin bukan doktor tapi admin nak kongsi Hilangkan Sakit Kepala dengan petua nenek nenek yang dulu pernah ajar bukan makan panadol ye.. Tapi petua ni boleh cuba untuk semua.

1) Petua mengikut cara Islam

Bacalah surah-surah seperti berikut iaitu:
Surah Al-Fatihah (1kali)
Ayatul Kursi (3 kali)
Surah Al-Ikhlas (3 kali)
Surah Al-Falaq (1kali)
Surah An-Nas (1kali)
Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)
Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

2) Minum segelas air putih

Di antara penyebab sakit kepala adalah dehidrasi, oleh itu petuanya ialah minumlah segelas air untuk meredakan sakit kepala. Tambah elektrolit seperti garam, gula atau lemon untuk menyembuhkan sakit kepala dengan lebih cepat. Pastikan anda mendapatkan pengambilan air putih yang cukup, pastikan anda minum 7 – 8 gelas air setiap hari.

3) Tidur

Kekurangan dan kelebihan tidur juga memungkinkan sakit kepala. Tabiat tidur sebegini boleh menyebabkan sakit kepala yang berpanjangan. Tubuh manusia bukanlah sebuah mesin yang dapat selama 24 jam setiap hari, ia perlukan tidur dan rehat. Petua hilangkan sakit kepala ialah dapatkan tidur yang cukup dan teratur iaitu kira-kira 7-8 jam sehari.
Dengan membiasakan diri anda tidur dengan kapasiti normal tersebut, akan menghilangkan sakit kepala dan tubuh anda lebih segar di pagi hari.

4) Petua urutan

Urutan selama 15 minit di bahagian sakit kepala. Urutan pada tempat penahan sakit dilakukan dengan cara mengurut bahagian telapak tangan yang berada diantara ibu jari dan jari telunjuk dan diikuti dengan urutan di bahagian yang sama di kaki. Lakukan urutan sampai anda merasa sedikit sakit disebabkan urutan ini.
Selain itu anda juga boleh menggunakan minyak peppermint untuk disapukan di dahi, tulang rahang atau belakang leher. Minyak ini bertindak sebagai krim kortison semulajadi yang mengurangkan rasa sakit dan membantu menenangkan saraf serta mencergaskan semula tenaga anda.

5) Petua menggunakan limau kasturi

Dapatkan beberapa biji limau kasturi, belah dua dan perahkan limau keatas kepala sambil rambut diramas-ramaskan dan kepala anda dipicit-picit supaya darah mengalir lebh lancar.
Kulit limau/limau yang telah diperah tu dimasukkan ke dalam mangkuk yang telah diisi air bersih. Selepas kepala dipicit, masuk ke bilik air dan jiruskan air yang mengandungi kulit limau tu ke kepala dan badan. Tak perlu lap, kalau nak lap, lap sikit-sikit saja supaya jangan kering terus dan aura limau tidak hilang.
Baring dan tidur dengan tenang. Jangan pasang alarm. Insyaallah bangun dari tidur, sakit kepala anda akan hilang.
6) Petua menggunakan bawang putih (berkesan juga untuk pening kepala)

Ambil sebiji bawang putih, potong nipis-nipis dan tampal pada kedua-dua belah dahi anda. Bawang putih akan menyerap bisa/toksin sakit kepala. Biarkan beberapa jam sehingga hilang rasa pening/sakit kepala.
Potongan nipis bawang putih ini akan tanggal dengan sendirinya bila ia telah kering. Kadang-kala akan ada tanda merah kehitaman di bahagian yang di tampal bawang putih tu. Jangan risau kerana dalam beberapa hari kesan tersebut akan hilang.

7) Petua menggunakan minyak zaitun dan kacang

Semasa haid, wanita kerap merasa sakit kepala kerana hormon yang rendah. Makanan yang kaya dengan vitamin E seperti minyak zaitun dan kekacang boleh membantu menyeimbangkan kadar hormon, juga meningkatkan peredaran darah dan anti-radang, berupaya meredakan sakit kepala.

8) Salmon dan lain-lain makanan laut

Keradangan kecil pada otak boleh memberikan rasa sakit yang ketara dan tak tertahan pada kepala. Ubatnya agak mudah, anda cuma perlu memilih makanan laut yang tinggi kandungan asid lemak omega-3 seperti salmon, tuna, mackerel dan lain-lain. Ia boleh membantu mengurangkan keradangan otak.

Hilangkan Sakit Kepala

9) Halia

Halia merupakan makanan yang berupaya menyembuhkan sakit kepala, mual, batuk, dan banyak lagi masalah kesihatan yang kecil. Halia mempunyai sifat anti-inflamasi dan anti-histamin. Jika kepala anda sakit kerana batuk dan selsema (flu), seduhan teh dengan halia pasti akan menyembuhkannya.

10) Akupunktur

Akupunktur dilakukan dengan menusuk jarum ke bawah lapisan kulit untuk membetulkan semula aliran tenaga atau qi di dalam badan anda. Kajian Cochrane Review oleh pakar-pakar kesihatan mendapati akupunktur membantu mencegah migrain akut dengan sangat sedikit kesan sampingan.
Bukti menunjukkan bahawa akupunktur juga berjaya membantu orang yang mengalami sakit kepala kronik.

Hilangkan Sakit Kepala

11) Bijirin penuh

Kadang-kala, sindrom pra-haid boleh diburukkan lagi akibat kekurangan mineral terutamanya kekurangan zat magnesium. Bijirin berserat tinggi tidak hanya akan memberikan banyak serat tetapi juga mengurangkan rasa sakit kepala semasa haid. Anda boleh cuba bijirin penuh dalam bentuk roti atau oat.

12) Regangan

Lakukan regangan untuk mengurangkan ketegangan otot. Otot yang tegang boleh menyebabkan kesakitan termasuklah sakit kepala.
Cubalah 3 pergerakan ini:
Gerakan leher (dagu ke depan, ke atas, dan ke kiri dan kanan);
Gerakan bahu (gerakkan bahu ke atas, putar bahu ke depan dan belakang); dan
Leher isometrik (tangan menekan pada setiap sisi kepala) .
Lakukan pergerakan regangan ini sebanyak 2 kali sehari selama 20 minit pada setiap sesi. Tahan regangan selama lima saat, rehat selama 5 saat, dan ulangi setiap regangan sebanyak 3 hingga 5 kali.

13) Aerobik

Senaman aerobik yang konsisten boleh mengurangkan kekerapan dan intensiti migrain. Contoh senaman aerobik adalah seperti berjalan cepat, berbasikal atau berenang. Menurut 1 kajian, pesakit migrain yang melakukan senaman aerobik yang teratur selama 12 minggu dengan berbasikal di dalam bilik menunjukkan peningkatan kualiti hidup dan berkurangnya kekerapan migrain, serta intensiti kesakitan.

14) Rileks

Latihan seperti menarik nafas panjang, santai sambil mendengar muzik atau menggunakan pengimejan mental, boleh membantu anda rileks dan bermungkinan terhindar dari sakit kepala walaupun penemuan ini memerlukan penelitian yang lebih lanjut.
Satu kajian terhadap 90 pesakit sakit kepala mendapati bahawa latihan relaksasi ini dapat meningkatkan kualiti tidur yang lebih baik daripada akupunktur.

15) Meditasi

Pelbagai teknik meditasi boleh digunakan untuk menumpukan perhatian dan menenangkan fikiran dari gangguan seperti sakit kepala dan sebagainya. Vipassana (teknik meditasi kuno India yang memberi tumpuan pada fikiran) dapat mengurangkan kekerapan dan intensiti migrain dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

Sebuah penyelidikan kecil terhadap pesakit migrain mendapati bahawa meditasi spiritual mengurangkan kekerapan sakit kepala dan toleransi kesakitan yang lebih baik daripada meditasi sekular dan kelonggaran otot.

Insyallah kurang rasa sakit kepala nanti Apapun ni yang boleh admin kongsikan pada pembaca semua..selamat mencuba ye…

Kredit allykek.com

10 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here