Home HIBURAN Rumah Tangga Bahagia Dalam Islam

Rumah Tangga Bahagia Dalam Islam

3397
13
SHARE
Rumah Tangga Bahagia Dalam Islam

Assalamualaikum.

Alhamdulilah kali ini admin akan berkongsi mengenai Rumah Tangga Bahagia Dalam Islam.Islam telah menetapkan setiap manusia berpasang-pasangan dan mendirikan rumah tangga yang sempurna dan bersyukur dengan apa yang telah Allah hadiahkan setiap manusia.

Sebuah keluarga yang bahagia mampu melahirkan masyarakat sejahtera kerana kehidupan setiap individu bermula di rumah atas didikan dan bimbingan ibu bapanya. Apabila individu itu dibentuk dengan baik maka masyarakat di sekelilingnya akan harmoni dan sejahtera.

Melahirkan keluarga sejahtera dan harmoni, ibu bapa hendaklah berusaha membentuk anak menjadi generasi hebat dan berkualiti. Contoh membina keluarga boleh diperoleh daripada pendekatan Rasulullah kepada ahli keluarganya.

Rumah Tangga Bahagia Dalam Islam

Rasulullah SAW adalah seorang suami dan ayah yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarga.Rasulullah SAW adalah bapa yang sangat penyayang. Walaupun baginda pemimpin masyarakat, kewibawaannya sebagai suami dan ayah tidak dapat ditandingi. Rasulullah SAW juga seorang suami yang sangat romantik.

Ringan tulang bantu isteri urus rumah tangga.

Baginda bersikap adil kepada isterinya dan dapat menguruskan kehidupan rumah tangga dengan baik. Nabi SAW juga seorang suami yang ringan tulang, sering membantu isteri dalam urusan rumah tangga tanpa disuruh.

Admin juga akan berkongsi tips membina keluarga yang bahagia

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Rumah Tangga Bahagia Dalam Islam

Alhamdulilah ini sahaja yang admin dapat kongsikan untuk pembaca semua assalamualaikum 🙂

13 COMMENTS

  1. tugas seorang suami memang besar dalam sesebuah keluarga,,,
    mencari rezeki halal untuk isteri, anak2 dan tanggungan,,,
    kebahagiaan keluarga, kebahagiaan semua ahli keluarga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here