Home TEKNOLOGI Pelancaran Bosch Range Asia

Pelancaran Bosch Range Asia

1236
2
SHARE
Pelancaran Bosch Range Asia

Assalamualaikum

Baru baru ini TN dijemput dalam Pelancaran Bosch Range Asia yang bertempat di Zebra Square Kg Pandan Kuala Lumpur.Kalau korang nak tahu Bosch telah mengeluarkan produk baru yang menggunakan teknologi masa kini yang berupaya memudahkan suri rumah dalam kerja harian mereka.

Hai Semua baru baru ini TN dijemput dalam Pelancaran Bosch Range Asia yang bertempat zebra Square kg pandan kuala lumpur.Kalau korang nak tahu Bosch telah mengeluarkan Produk baru

Untuk pengetahuan semua pembaca blog TN, Bosch telah berada dipasaran sejak 1886.Time tu admin tak lahir lagi.Hehe.Banyak sejarah tokoh Bosch telah tercipta dari sudu gerudi sampailah alat alat masak di dapur.

Pelancaran Bosch Range Asia

Pelancaran Bosch Range Asia

Boleh dikatakan Produk Bosch ini telah mencetus perkembangan dunia dan mengikut peredaran masa.Tak silap admin produk bosch ini boleh melengkapkan satu set rumah dari depan ruang tamu sampailah ke dapur dan bilik air mandi.Best kan kalau produk bosch ni ada kt rumah..
Produk seperti dapur gas, dapur elektrik, dapur hibrid dan hud pengumpul sisa minyak, ciptaan dan reka bentuk setiap daripada produk Bosch Asian Range adalah dihasilkan secara teliti bagi menyesuaikan cara orang Asia memasak. Dapur gas dan elektrik Asian Range direka bentuk lebih luas berbanding European Range kerana mengambil kira aktiviti memasak orang Asia melibatkan peralatan seperti kuali dan periuk yang bersaiz lebih besar berbanding cara memasak orang Barat.

 

Pelancaran Bosch Range Asia
Antara ciri-ciri ketara yang ditampilkan pada inovasi INTELLI Bosch Asian Range ialah:

INTELLILINK
INTELLILINK menampilkan ‘InterLink’ (Sambungan) yang menghubungkan dapur memasak dan hud dengan sempurna. Dapur tersebut akan menghantar isyarat tanpa wayar kepada hud untuk mengawalnya. Jadi, setiap kali dapur terpasang, maka hud juga dihidupkan secara automatiknya. Dapur revolusi terbabit juga akan menghantar satu isyarat berhenti kepada hud apabila dapur dimatikan. Hud itu kemudiannya akan beralih kepada kelajuan rendah dan beroperasi kira-kira tiga minit sebelum berhenti. Gris, haba dan bau busuk disingkirkan secara automatik sekaligus memastikan ruang dapur bersih dan tidak berbau.
*INTELLILINK hanya terdapat pada beberapa model terpilih sahaja – PBD9351MS (Dapur) dan DKS968DSG (Hud).

INTELLISPARK
INTELLISPARK didatangi dengan ‘Auto ignition’ (penyalaan Auto), satu fungsi penyalaan kelajuan tinggi pintar. Dengan hanya menekan satu butang, ia boleh menentukan sama ada api telah dinyalakan. Sekiranya tiada api selepas 10 saat, injap thermoelektrik akan menghentikan bekalan gas sebagai langkah keselamatan.

INTELLIFLAME
Penunu nyalaan ganda tiga dengan perpaipan tembaga kembar dalam dapur gas memberikan kawalan nyalaan secara tepat dari serendah 0.3kW sehingga 4.0kW. Berbanding dapur Eropah dengan rekabentuk penunu nyalaan ganda dua, penunu ganda tiga Bosch bagi Asian Rangeadalah direka khas untuk pemanasan sekata dan terkawal. Dapur gas Bosch adalah kukuh tetapi pada masa yang sama lembut: ia membolehkan air mendidih dengan amat cepat pada kuasa tinggi dan mereneh dengan lembut pada kuasa rendah. Ia begitu lembut sehingga membolehkan anda mereneh sayur-sayuran halus, sup dan sos – atau untuk sekadar mengekalkan kepanasan makanan.
* INTELLIFLAME hanya terdapat pada beberapa model terpilih sahaja – PBD7251MS, PBD7351MS, PBD7331MS, PBD9331MS, PBD9351MS dan PMH768MS.

Tak semua yang mampu memiliki produk Bosch ni kerana mahal dan berkualiti.Hanya golongan yang mampu milik sahaja boleh memilikinya 🙂

Korang tengoklah gambar semasa Pelancaran Bosch Range Asia dan produk produk baru yang telah Bosch keluarkan. Awasome Guys! 🙂

Pelancaran Bosch Range Asia

Produk kabinet dapur ini telah pun berada dipasaran sekitar Kuala Lumpur dan tempat yang telah mengambil bahagian..best kalau ada kat dapur rumah kita satu kan…kalau Aku Kaya 😛

Pelancaran Bosch Range Asia

 

Ini juga kabinet dapur yang telah digunakan untuk memasak pada Pelancaran Bosch Range Asia..Chef tu masak roti jala yang berkuah kari ayam dan rendang daging yang sedap..!!

Pelancaran Bosch Range Asia

 

Sebahagian daripada produk Pelancaran Bosch Range Asia yang telah diperkenalkan oleh wakil bosch..

Itu sahaja dari admin.Nak cerita panjang pun tak tahu sangat pasal Bosch ni..admin tahu guna gerudi aje..tu pun sebab masa tolong kawan kt bengkel hehe….

Bye!

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here