Home TEKNOLOGI Samsung Note 3 Terbaik

Samsung Note 3 Terbaik

1412
2
SHARE
Samsung Note 3 Terbaik

Hai semua Samsung Note 3 terbaik telah membuka mata pengguna media social..memang tidak dinafikan lagi dunia smartphone dan dunia media social semakin meluas dan berkembang maju dalam ekonomi dunia sekarang.

Samsung Note 3 yang telah berada dipasaran dan mencetus dunia smartphone yang tidak asing lagi dengan pengguna Android yang aktif.

Samsung Note 3 Terbaik

Samsung Note 3 Terbaik mesti korang miliki kerana smartphone ini telah memberi kelainan kepada semua yang hendak menggunakannya 🙂

Saiz 5.7 inci HD penuh Super AMOLED. Memaparkan skrin yang cantik dan sudut pandangan lebih jelas. Note 2 dulu bersaiz 5.5 inci.

Samsung Note 3 Terbaik

Senipis 8.3mm meskipun saiznya dibesarkan. Muat dalam poket. Selesa dipegang atau digenggam. Beratnya pun 168g saja yang langsung tidak membebankan pengguna.

Samsung Note 3 Terbaik

Terbaru, ia dilengkapkan dengan spesifikasi kamera lebih baik. Resolusinya ditetapkan pada 13 megapiksel tetapi menariknya kali ini bersama kamera tersebut ialah penstabil imej pintar dan flash LED jenis CRI yang lebih peka beroperasi. Kualiti kamera kali ini mungkin 20% lebih hebat berbanding Samsung Galaxy Note 2.

RAM sebanyak 3GB.Wow! Buat pertama kali telefon pintar menggunakan jumlah kapasiti RAM sebanyak ini. Apa fungsinya? ‘multitasking’ atau pelbagai kerja pada satu masa lebih lancar dalam Samsung Note 3. Telefon tidak terlalu perlahan dan kurang ‘hang’.

Samsung Note 3 Terbaik

LTE. Ia sudah dilengkapkan dengan rangkaian LTE tidak kira negara mana anda berada. Pastinya, menepati standard lesen LTE Malaysia juga.

Tiga warna iaitu biru gelap, putih dan merah jambu. Buat pertama kali, Samsung memperkenalkan Note pada warna merah jambu secara terus yang disasarkan kepada golongan wanita yang juga dikatakan pengguna terbanyak Galaxy Note.

Action Memo. Fungsi yang membenarkan pengguna menaip nota, menjadikan pen sebagai butang kawalan dan menukar tulisan tangan ke teks. Di samping itu, ia boleh membuat panggilan apabila butangnya ditekan di samping carian peta, melayari web dan sebagainya.

lazada.com

Scrapbook membolehkan pengguna mengesan kandungan dari pelbagai sumber termasuk web, YouTube dan Gallery pada satu masa dan disimpan dalam satu fail jika pengguna mahu melihatnya kembali.

Screen Write membolehkan salinan imej penuh pada laman yang sedang anda lihat di telefon dan anda boleh menambah komen atau maklumat dalam laman tersebut.

Pen Window. Pen stylus juga membolehkan anda melukis seakan satu kotak meskipun anda sedang melakukan kerja lain sebelum memasukkan apa saja kandungan dalam kotak tersebut seperti YouTube, kalkulator atau web.

Samsung Note 3 Terbaik

Samsung KNOX. Sistem keselamatan baru yang melindungi tahap privasi dan keselamatan yang membolehkan pengguna menyimpan maklumat dalam telefon secara automatik.

Find My Mobile yang dikemaskini. Jika telefon anda dicuri, apa yang perlu dilakukan hanyalah melayari laman web sebelum memadamkan data.

Samsung Note 3 Terbaik juga telah dilengkapi dengan jam tangan dan aplikasi yang ada pada samsung note 3 nak tahu?kene belilah ye hehe….

Samsung Note 3 Terbaik

Pemproses LTE 2.3 GHz Quad-Core atau 3G 1.9 GHz Octa Core ( A15 1.9 GHz ? A7 1.3 GHz)

Boleh disesuaikan dengan Samsung Galaxy Gear! harga Samsung Note 3 ini lebih kurang RM2150 tak silap TN

Itu sahaja yang TN dapat kongsikan untuk korang kalau ingin merasa Samsung Note 3 Terbaik ini boleh lah beli satu untuk merasa kelainan yang sangat awesome gitu hehe…tak nak cerita panjang-panjang nanti korang malas nak baca kan… 😛

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here