Home HIBURAN Muzakarah Sunnah Tidur

Muzakarah Sunnah Tidur

1140
0
SHARE
Muzakarah Sunnah Tidur

Alhamdulilah Harini Sahabat TN ada Kongsikan berkenaan tidur mengikut cara Nabi S.A.W semoga dapat dipratikan dan diamalkan selalu insyallah

Ini campur amalan aku dan sunnah tidur cara Nabi saw

Before tidur :
1. Ambil wuduq
2. Solat sunat taubat
3. Solat sunat istiqarah
4. Solat sunat witir
5. Baca al mulk dan as sajadah

Nak tidur :
1. Kibas tempat tidur sambil baca (lahaulawala quwataillabillah hila’liila’zim) 3x
2. Baca tasbih fatimah (jika mati semasa tidur insyaAllah mati syahid)
3. Baca al Fatihah
4. Baca ayat Qursi
5. Baca 3 qul dan buat insyarat ludah dan sapu seluruh badan
6. Niatkan dalam hati supaya dapat bangun tahajjud dan hidupkan malam (jika tak bangun tahujjud, insyaAllah Allah akan bagi pahala tahajjud juga walaupun tidur)
7. Dan baca doa tidur

Masa tidur :
1. Jika dapat mimpi indah, kalau ada kekuatan, bangun and solat sunat hajat supaya mimpi tu jadi kenyataan.
2. Jika mimpi perkara buruk, buat insyarat ludah ke kiri 3x, dan jika perkara itu berlaku sebanyak 3x buat adab tidur semula dan alih tempat tidur.
3. Jika mimpi basah, seeloknya terus bangun and mandi hadas and hidupkan malam

Kelebihan tahajjud salah satunya adalah memberi kesihatan, doa makbul dan banyak lagi, bukan percaya kekuatan tahajjud, yaqin yang Allah sendiri beri kelebihan semua ini melalui solat.

Bangun tidur :
Lepaskan 3 ikatan syaitan.
1. Baca doa bangun tidur (lepas 1 ikatan)
2. Ambik wuduq (lepas 1 lagi ikatan)
3. Tunaikan dua rakaat solat (lepas 3-3 ikatan)

Hadith :
Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajjud dan bangun ketika waktu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

” Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Sooo genight!! 🙂

Sumber dari sahabat Nadzmie Nasir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here