Home HIBURAN Kereta Jimmy Hilang Ditemui Rentung

Kereta Jimmy Hilang Ditemui Rentung

829
0
SHARE
Kereta Jimmy Hilang Ditemui Rentung

 Kereta Jimmy Hilang Ditemui Rentung Kampar: Kereta milik pengacara popular, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, ditemui musnah terbakar dalam ladang sawit di sini pagi semalam, selepas tujuh jam dilaporkan hilang di Simpang Pulai, Ipoh.

Kereta Jimmy Hilang Ditemui Rentung

Chevrolet Optra hitam itu dilaporkan dicuri dari sebuah rumah di Simpang Pulai ketika Jimmy pulang ke kampungnya untuk menziarahi seorang ahli keluarga yang meninggal dunia Kereta Jimmy Hilang Ditemui Rentung.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata Jimmy membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai jam 12.30 tengah malam kelmarin, sejurus menyedari kehilangan kereta itu sebelum orang ramai menemuinya sedang terbakar dalam ladang sawit Kota Bahru, Gopeng, jam 7.30 pagi.

“Orang awam yang mengesyaki kenderaan itu baru dibakar, segera menghubungi polis sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi dan mendapati Kereta Jimmy Hilang Ditemui Rentung berkenaan sudah hangus. Semakan nombor casis dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenal pasti ia milik selebriti tanah air itu,” katanya, semalam.

Kong Soon berkata, siasatan di lokasi tidak menemui sebarang alat atau bahan digunakan bagi membakar kereta itu, manakala semua barangan milik Jimmy yang berada dalam kereta berkenaan juga hangus Kereta Jimmy Hilang Ditemui Rentung.

“Siasatan sedang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kerana kereta itu dicuri di Simpang Pulai. Saya anggap kes ini agak pelik berikutan kereta itu dibakar selepas dicuri,” katanya.

Sumber Dari Berita Harian 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here