Home BISNES Tangan Kidal Sedunia

Tangan Kidal Sedunia

1566
3
SHARE
Tangan Kidal Sedunia

Rupanya hari ini tadi Hari Tangan Kidal Sedunia. Selamat hari tangan kidak buat yang kidal macam saya.

Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Fakta menarik
1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.

“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn

TOKOH-TOKOH KIDAL
1. Presiden Amerika Syarikat
I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )

2. Tokoh ternama
v Aristotle (Ahli falsafah)
v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
v Isaac Newton (saintis)
v Albert Einstein (saintis)
v Henry Ford Jr., (automobil)

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
1. Kesukaran bagi individu kidal:
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.
Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.

Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.

Tangan Kidal Sedunia

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar

-Saya juga merasa kesukaran bile terpakse guna alat alat untuk orang tangan kanan macam pengupas kulit kentang..jadi macam terbalik bile saya pegang..ni kat rumah mak saya guna jenis ini..memang saya takleh guna..bile guna je..jadi terbalik…kalau guna mesti tangan luka …jadi bab2 mengupas kulit tu mak saya buat le..hehe. Tapi kat rumah ni guna yang orang kidal pun boleh guna la.

-Lagi satu masa kuliah dulu kan selalu la ade meja yg sekali kerusi tu..tertekan betul bile kena duduk kerusi macam tu..sebab kena pusingkan badan..kalau tak memang takleh nak menulis.

-Bab guna mouse ok je saya..sebab dari awal lagi saya practise guna tangan kanan..Kalau guna gunting,pisau,pegang sudu semua kiri.Mak saya kata..orang kidal ni kalau potong benda makanan bersih le..sebab dia pegang pisau tangan kiri..makanan tu dia pegang tangan kanan..haha. Kalau makan guna tangan memang guna tangan kanan..cuma bile guna sudu..automatik tangan kiri..takleh guna kanan..macam takleh nak makan..practise banyak kali dulu..tapi memang takleh..sama la kami adik beradik. Pernah dulu masa kat kenduri..ade makcik tu tegur..apasal makan tangan kiri ni (pakai sudu ni)…huhu..bukan takmo makan tangan kanan..tapi takleh tau tak..(samela macam org tangan kanan kite suruh guna tangan kiri)

-Dulu pernah suruh mak ajar saya mengait. Tapi mak guna tangan kanan,saya pulak tangan kiri.Jadi orang nak mengajar pun payah..jadi mcm terbalik..Last2 saya dah malas nk belajar mengait..haha.Kalau nak belajar kena pakai buku kot hehe. Bila mak saya ajar cara2 kelim karipap tu pun..dia mula dari kanan ke kiri.Saya pulak buat terbalik,dari kiri ke kanan..hahaha…

2. Kelebihan bagi individu kidal:

Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

“Adaptability:
· Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”
Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.
· Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat
Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
Saidina Umar Al-Khattab
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci

c) Musik dan hiburan
Michelangelo Buonaroti,
Beethoven

Selebriti
Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal
Aliff Cullen

d) Sukan
Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)

Rumusan

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

7. Individu Kidal, Individu Elastik
Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

Orang kidal pintar?
Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.

Makan tangan kiri
Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)
Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

Wallahualam.

“only left-handed are in their right minds”

3 COMMENTS

  1. Lemah dari segi pendidikan? Patutlah saya kurang minat belajar di sekolah. Sememangnya, entri ini bermanfaat.

    Dan terima kasih. 🙂

    PS: Kalau bab makan guna sudu, saya sudah biasa guna tangan kanan.

    PSS: Patutlah semalam belajar piano sekejap sahaja. Ada kaitan rupanya dengan orang kidal.

  2. I love being left-handed.. People who write using left-hand actually special than others and i acknowledge that left-handed people usually have nice handwriting~

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here